suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Layang-layang tersangkut pada kabel elektrik, budak lelaki panjat bumbung maut kena renjatan... Saksi dengar letupan kuat!

Sudah ada beberapa kes kematian akibat terkena renjatan elektrik akibat perbuatan yang mengabaikan keselamatan. -Gambar hiasan AI

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui maut dipercayai akibat terkena renjatan ketika cuba mengambil layang-layang yang tersangkut pada kabel elektrik. 

Mangsa yang dikenali sebagai MZ ditemukan tidak bernyawa di atas bumbung sebuah kedai perkakasan di Jalan Gajah Mada, kawasan Kaliwates, Jember, sekitar pukul 12.10 tengah hari Ahad.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kaliwates, Devy Novita, mangsa dipercayai memanjat ke bumbung melalui bahagian belakang sebuah bangunan kosong berhampiran sebelum cuba mengambil layang-layang yang tersangkut pada kabel elektrik.

"Saksi memaklumkan terdengar satu letupan kuat dari arah bumbung sebelum menyedari seorang kanak-kanak terkena renjatan elektrik voltan tinggi," katanya.

Letupan tersebut turut menarik perhatian penduduk sekitar yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital PTP Kaliwates untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, pihak keluarga memutuskan untuk tidak menjalankan bedah siasat kerana menerima kejadian itu sebagai satu kemalangan. -Agensi

Artikel Lain