suria

Silap besar dedah lokasi sendiri, lelaki dikehendaki diberkas selepas muncul dalam video ‘live’ di TikTok

Individu dikehendaki polis berjaya diberkas selepas lakukan siaran langsung. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN berani seorang lelaki dikehendaki melakukan siaran langsung di media sosial akhirnya memakan diri, apabila dia berjaya diberkas polis tidak lama kemudian.

Menurut pihak berkuasa, mereka menerima aduan kira-kira pukul 3.34 petang Rabu yang memaklumkan seorang lelaki dikehendaki sedang membuat siaran langsung.

Lebih mengejutkan apabila, individu tersebut turut mendedahkan lokasi serta pakaian yang dipakainya.

Bertindak atas maklumat itu, polis segera ke lokasi dan berjaya menahan suspek pada pukul 3.52 petang hari yang sama.

"Penahanan dibuat ketika dia keluar dari sebuah bangunan," katanya pada Ahad.

Difahamkan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis, namun berjaya diberkas dalam jarak kira-kira 100 meter. -Agensi

Artikel Lain