SEORANG lelaki maut selepas dipercayai terlibat dalam cubaan mencuri paip di kawasan perlombongan, dalam kejadian pada awal pagi Jumaat.Mangsa yang berusia 35 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke pusat kesihatan selepas mengalami kecederaan parah di kepala. Kejadian berlaku di kawasan perlombongan Sarang Ikan, Kampung Lubuk Besar, dekat Bangka tengah, Indonesia.Pada awalnya, rakan mangsa yang juga saksi kejadian mendakwa mangsa terjatuh dari pokok.Bagaimanapun, siasatan polis mendapati terdapat percanggahan pada lokasi kejadian sebelum saksi mengubah keterangannya.Menurut Ketua Polis Bangka Tengah, AKBP I Gede Nyoman Bratasena, siasatan lanjut mendedahkan bahawa kedua-dua mereka cuba mencuri paip besi berukuran 12 inci.Ketika kejadian, mangsa dipercayai tergelincir lalu terhentak pada paip besi yang sedang dialihkan, menyebabkan kecederaan serius hingga mengakibatkan pendarahan dari mulut dan telinga.Rakan mangsa kemudian membawanya ke pusat kesihatan serta memaklumkan kepada keluarga, namun mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.Kes tersebut terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan polis, yang pada awalnya menyangka kematian berpunca daripada kemalangan biasa.Polis kini masih menjalankan siasatan lanjut dan telah merampas beberapa barang bukti termasuk pakaian mangsa, lampu suluh dan sebuah trak pikap dipercayai digunakan dalam kejadian itu. -Agensi