PENEMUAN mayat seorang pempengaruh berusia 20 tahun pada 16 April lalu terus hangat menjadi perbualan pengikutnya di media sosial.Mayat Katerin Mejía Argueta ditemukan di Tocoa, wilayah Colón, Honduras, sehari selepas dia dilaporkan hilang oleh keluarganya. Menurut laporan media tempatan, mangsa yang lebih dikenali sebagai Katy Mazorca ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Aguán. Pemeriksaan awal forensik mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada leher dan kes diklasifikasikan sebagai jenayah serius.ARTIKEL BERKAITAN: Hanyut selepas ditarik ombak besar, influencer meninggal dunia ketika selamatkan mangsa lemasPolis turut menahan tiga individu bagi membantu siasatan, termasuk teman lelakinya, Adonis Martínez.Polis turut meneliti kemungkinan mangsa diperdaya ke lokasi kejadian melalui tawaran kerja palsu berkaitan kandungan media sosial.Aktiviti terakhir mangsa di media sosial, termasuk video TikTok yang dimuat naik pada hari kejadian juga sedang dianalisis bagi membantu siasatan.Kematian mangsa mencetuskan reaksi meluas dalam talian, selain mengundang kebimbangan terhadap peningkatan kes keganasan terhadap wanita.Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tocoa pada Sabtu. -Agensi