suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang ditegur mandi terlalu lama, lelaki tergamak tetak ibu hingga maut

Emosi yang tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan seseorang sanggup bertindak di luar kewarasan akal. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 23 tahun ditahan selepas menetak ibu kandungnya hingga maut gara-gara mangsa menegurnya mandi terlalu lama.

Menurut laporan, kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Kasawari, Bandar Bitung, Sulawesi Utara, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Aertembaga, AKP Denny Tampenawas berkata, teguran itu kemudiannya mencetuskan pertengkaran antara kedua-duanya.

"Pada awalnya hanya teguran, namun ia bertukar menjadi emosi tidak terkawal sebelum pelaku menyerang mangsa menggunakan parang, menyebabkan kecederaan parah," katanya.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Dr. Wahyu Slamet untuk rawatan.

"Walaupun menerima rawatan rapi, nyawa mangsa tidak dapat diselamatkan," katanya lagi.

Polis yang menerima laporan segera ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, suspek telah melarikan diri sejurus kejadian sebelum berjaya dikesan dan ditahan di kawasan pantai.

Difahamkan, suspek turut mengalami kecederaan di bahagian tangan dan dibawa ke pusat kesihatan komuniti untuk rawatan sebelum dibawa ke Balai Polis Aertembaga.

Kes kini masih dalam siasatan pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain