suria

Flat 15 tingkat kecoh! Keluarga pengerusi surau dikejar anjing, siap berhimpit nak tumpang kereta - “Anjing tu tekan hon guna punggung”

Video keluarga Aina dikejar anjing menjadi tular di media sosial.

"TRAGEDI 31 Ogos yang tak akan kami lupakan kami hingga bila-bila."

Demikian kata gadis bernama Aina Syazwina Azha berhubung insiden lucu apabila dia dan keluarganya dikejar anjing pada tarikh bersejarah ketika rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan ke-64, Selasa lalu.

Dua video yang dikongsi oleh gadis ini di aplikasi TikTok menjadi tular, yang mana sehingga kini masing-masing meraih lebih dari 1.5 juta dan 586,000 jumlah tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru kerja seminggu, runner ini dah 3 kali ‘diserang’ haiwan! Dikejar angsa sampai belakang rumah, kotak barang jadi ‘perisai’

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kejar saya tu, dia nampak saya” - Anjing coklat punya hal, jiran cerita detik cemas budak lelaki bolos tingkap, peluk seat kereta!

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut 'pecah perut' kerana terhibur dengan 'drama' keluarga berkenaan.

Mengimbas kembali insiden lucu itu, gadis yang mesra disapa sebagai Aina berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama ibu bapa, kakak dan adiknya mahu keluar membeli barang pada petang hari berkenaan.

"Sebenarnya anjing berwarna kelabu tu dah ikut abah dari kedai seberang jalan.. tapi abah jalan buat tak tahu je. Kami pula memang dekat luar, ready nak masuk kereta dah.

"Tapi kakak saya nampak anjing tu macam nak sondol abah, kebetulan anak kecil dia ada dekat abah... sebab tu dia menjerit. Mula dia menjerit, keadaan jadi huru-hara. Semua bertempiaran lari.

"Anjing ni pula mungkin ingat orang nak bergurau, dia pun macam nak kejar. Mula-mula dia kejar abah, lepas tu seorang kakak saya sampai tawaf kereta, kemudian adik bongsu.

anjing kecoh

Rakaman daripada CCTV jiran Aina sewaktu insiden keluarganya dikejar anjing.

"Ingatkan anjing tu dah stop, rupa-rupanya dia kejar lagi sampai giliran saya nak masuk kereta, dia pun kalut masuk sekali. Memang kecoh suara menjerit... sampai jiran-jiran flat 15 tingkat tu bantai gelak tengok kami," ujarnya yang menetap bersama keluarga di Flat Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Cerita Aina, situasi semakin panik apabila haiwan berkenaan cuba menghimpit kerana mahu melompat ke tempat duduk pemandu.

anjing punca

Anjing berwarna kelabu yang mencetuskan kekecohan di Flat Danau Kota.

"Semua dalam kereta menggelupur nak keluar menyelamatkan diri. Dalam kecoh-kecoh tu, anjing tu gesel punggung dia dekat hon. Itu yang dalam video tu dengar bunyi hon panjang.

"Abah dekat luar bantai gelak. Pelanggan dekat kedai mamak bawah flat pula berpusu-pusu datang ingatkan ada kes ragut. Ada uncle India seorang ni yang pujuk anjing ni keluar tapi dia buat tak tahu je.

"Saya rasa hampir 10 minit juga uncle tu pujuk, barulah anjing tu keluar dan uncle tu halau jauh sikit. Memang terbantut terus niat kami nak keluar. Pakat-pakat sakit kepala, lucu, trauma semua ada. Mujur tak ada yang cedera pun, cuma baju saya terkoyak masa tengah kecoh dalam kereta," ujar lulusan Diploma Kejuruteraan Awam ini lagi.

Semua dalam kereta menggelupur nak keluar menyelamatkan diri. Dalam kecoh-kecoh tu, anjing tu gesel punggung dia dekat hon.

AINA SYAZWINA AZHA

Menurut Aina, anjing berwarna kelabu berkenaan merupakan anjing jalanan kerana kelibatnya tidak pernah kelihatan sebelum ini.

Walaupun lucu, namun tambah Aina insiden berkenaan membuatkan dia sedikit trauma dan lebih berhati-hati apabila mahu keluar rumah.

baju terkoyak

Baju Aina terkoyak sewaktu kekecohan di dalam kereta.

"Memang kecoh satu flat pasal keluarga Haji Azha dikejar anjing. Abah pula pengerusi surau, memang orang kenal. Awal-awal tu dia segan nak keluar sebab mesti kena 'interview' dengan jiran-jiran," ujarnya sambil menambah, rakaman video kejadian berkenaan adalah daripada kamera litar tertutup (CCTV) jirannya.

Tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka itu mengundang perhatian ramai, Aina berkata dia terhibur apabila membaca komen netizen.

haji azha dan isteri

Bapa Aina, Haji Azha merupakan pengerusi surau di Flat Danau Kota.

"Ada yang kata, 10 kali tengok pun bantai gelak 10 kali jugak. Macam-macam komen lucu mereka. Ada yang bagi petua jangan lari kalau nampak anjing. Tapi biasalah, tindakan reflek kalau nampak anjing mesti panik.

"Moralnya, selepas ini kalau nampak anjing, jangan terus panik atau lari. Kalau terus lari, memang akan attract dia. Apapun kami gembira video tersebut menghiburkan ramai. Kami sendiri pun bantai ketawa kalau ingat balik insiden tu," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain