BARANG kemas lama yang disimpan sejak bertahun-tahun atau diwarisi daripada ahli keluarga kebiasaannya tidak lagi mempunyai resit mahupun bukti pembelian.Meskipun berharga dan nilainya mengikut pasaran semasa, namun situasi itu kadang kala menimbulkan kesukaran apabila pemilik baru mahu menjual ketika memerlukan wang tunai dengan segera. Begitulah situasi dilalui wanita ini selepas hasrat menjual beberapa barang kemas lama tidak kesampaian malah mendatangkan masalah.Berkongsi cerita, ujarnya, pihak kedai emas tersebut bukan sahaja meminta dokumen pembelian asal malah turut memberi tempoh tiga hari dengan alasan untuk memeriksa keasliannya terlebih dahulu. Golongan wanita gemar menyimpan barang perhiasan emas. -Gambar hiasan AI"Ingat nak tolak emas lama yang kemek-kemek tu, sampai sahaja di kedai, staf kata maaf kak, kedai kami kena ada surat pembelian, kalau nak buat kena tunggu tiga hari untuk test mutu," luahnya di Threads. Syarat dinyatakan pekerja terbabit membuatkan pengadu buntu kerana emas berkenaan dibeli oleh arwah ibunya ketika dia masih kecil. Pada masa sama, dia merasakan tempoh tiga hari yang dinyatakan untuk melakukan ujian mutu sedikit menyukarkan keadaan.Wanita gagal menjual barang kemas lama kerana tidak mempunyai resit atau surat pembelian asal.Emas dibeli oleh arwah ibunya ketika dia masih bayi.Pihak kedai memerlukan tempoh tiga hari untuk memeriksa mutu emas.Dia kecewa kerana tempoh itu menyukarkannya mendapatkan wang tunai dengan segera.Netizen menasihatkan supaya tidak meninggalkan emas di kedai, namun ada pekerja kedai menjelaskan resit diperlukan bagi mengelakkan penerimaan barang curi.Ringkasan ini dijana oleh AIPengalaman dilalui itu membuatkan dia turut tertanya-tanya mengenai nasib individu lain yang turut menyimpan emas lama atau barang kemas pusaka tanpa sebarang dokumen pembelian."Bila fikir balik, kalau semua tempat macam ini, orang yang senasib dengan aku memang tak bolehlah nak jual emas. Lagi-lagi ketika terdesak," ujarnya. Perkongsian tersebut secara tidak langsung menjadi peringatan kepada orang ramai agar menyimpan resit atau surat pembelian barang kemas dengan baik bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara ‘trade in’ gelang putus, wanita dipandang sebelah mata... Staf kedai emas terus alih sedulang emas!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terduduk emas RM100,000 hilang di rumah mentua! Makin sedih terpaksa tarik balik ‘report’ sebab suami tersepitDalam pada itu, warga maya tampil berkongsi nasihat dan kaedah menjual emas dengan lebih mudah."Jangan sesekali tinggalkan emas dekat kedai, ada yang periksa mutu dalam setengah jam je."Cek mutu ini sekejap je, hari itu saya bawa mas dinnar dari Makkah untuk nilai harga sebab harta pusaka, berapa minit je tunggu."Saya staf kedai emas, pernah jadi kes orang jual barang rompak apabila kami terima tanpa resit, dua minggu kemudian polis datang soal siasat dan kami yang kena," demikian reaksi netizen.