suria

Bukan biasa-biasa! Sultan Brunei drive sendiri kereta bawa Anwar dari Subang ke Putrajaya

Anwar sempat melambai tangan ke arah pengamal media

KUNJUNGAN Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia pada kali ini mencipta sedikit kelainan apabila baginda berkenan memandu sendiri kereta sambil membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sultan Hassanal yang ditemani anakanda baginda, Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah yang berkunjung ke negara ini sempena lawatan khas, pada Isnin, memandu kereta jenis BMW ke Seri Perdana, Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar angkat sumpah PM ke-10

Perjalanan kedua-dua pemimpin itu ke Putrajaya dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, yang jaraknya kira-kira 41 kilometer, diiringi pasukan keselamatan bermotosikal dan berkereta.

Anwar yang duduk bersebelahan Sultan Hassanal Bolkiah, sempat melambaikan tangan ke arah pengamal media, sebelum memulakan perjalanan kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Delegasi Sultan Brunei tiba untuk mengadakan lawatan khas ke Malaysia.

Delegasi Sultan Brunei tiba untuk mengadakan lawatan khas ke Malaysia.

Terdahulu, Anwar menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah serta delegasi Brunei yang selamat mendarat di Pangkalan TUDM pada 11.40 pagi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Keberangkatan Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia adalah bagi mengadakan pertemuan sulung dengan Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain