suria

Tahniah! Chong Wei timang hero ketiga... Rakyat Malaysia harap ikut jejak jadi jaguh badminton

Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo menimang cahaya mata ketiga pada Isnin.

BEKAS jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya, pada Isnin.

Dalam satu hantaran di Facebook, Chong Wei memaklumkankan isterinya, Datin Wong Mew Choo selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Anson Lee.

Chong Wei turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama isteri dan permata hati mereka sejurus selepas dilahirkan.

"Terima kasih kepada isteri tersayang saya atas segala pengorbanan," tulis Chong Wei.

Hantaran di Facebook setakat ini meraih lebih 770 shares dan dibanjiri lebih 7,000 komen rakyat Malaysia yang tidak putus menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah bayangkan patung lilin sendiri!” - Wow... Chong Wei atlet pertama negara diabadikan di Madame Tussauds Hong Kong

Selebriti tempatan seperti Zizan Razak, Johan, Radin Era juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah di atas kelahiran anggota baharu dalam keluarga jaguh badminton itu.

"Tahniah Datuk! Next champion!

"Selepas adik beradik Sidek, kita ada adik beradik Lee masa akan datang!

"Tahniah Datuk dan Datin. Selamat datang Anson Lee," demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, pasangan tersebut mempunyai dua cahaya mata lelaki, Kingston dan Terrance Lee.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain