suria

[V] Tunggu punya tunggu tetap tak sampai... Graduan UKM reda ambil gambar konvo tanpa ibu bapa - “Ini impian arwah mak”

Pemuda ini berjaya menamatkan ijazah sarjana muda berbekalkan semangat dan impian arwah ibu.

PERASAAN hilang seorang ibu dalam kehidupan si anak sukar digambarkan dengan kata-kata.

Kekosongan yang ditinggalkan penuh sepi dan hanya kenangan bersama menjadi pengubat rindu.

Begitulah apa yang dirasai Najmi Najhan, 25, ketika menyambut konvokesyen pengajiannya secara bersederhana kerana ketiadaan ibu tersayang.

Dalam satu video tular di laman TikTok, Najmi dilihat seolah-olah sedang mengharap ibunya akan hadir ke istiadat konvokesyen itu.

"Aku mencari susuk tubuh abah dan mama. Mereka mesti gembira.

"Aku tak sabar menunggu di luar dewan. Nak sarungkan jubah dan topi konvo dekat mereka," kata Najmi cuba membayangkan jika ibu bapanya masih ada bersamanya.

Bercakap kepada mStar, Najmi berkata ibunya meninggal dunia pada Ogos tahun lalu ketika dia sedang berada dalam tahun ketiga pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu tak dapat hadir majlis konvo, wanita ini sendirian di UK! Momen VC sambil menangis buat ramai sebak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Gadis dapat anugerah tertinggi di kolej tapi tak beritahu mak ayah, drama air mata di dewan konvo melarat sampai balik rumah

Manakala bapanya dijemput Ilahi pada tahun 2014.

"Lepas mak dah tak ada tu, saya ada baki setahun lagi dalam pengajian saya.

"Untuk ijazah ini, memang impian mak saya untuk tengok saya habiskan. Jadi apabila waktu konvo tu, walaupun dah setahun pemergian, rasa sebak tu datang balik.

"Lagi-lagi apabila tengok kawan-kawan lain semua ada ibu bapa datang celebrate," katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan.

Saya gagahkan juga untuk habiskan degree ini sebab itu memang harapan arwah.

NAJMI NAJHAN

Namun selesai majlis konvokesyen di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Najmi disambut kakak dan abangnya yang tumpang bergembira di atas kejayaannya itu.

"Tapi rasanya berbeza. Tak sama kalau ibu bapa yang ada. Saya kena reda dengan ketentuan ni.

"Mampu tahan je rasa sedih dalam hati apabila tengok kawan lain semua bergambar dengan ibu bapa di perkarangan dewan.

"Malam sebelum konvo tu memang saya teringat dekat arwah sebab ini impian dia untuk tengok saya grad," kata Najmi yang membuat video TikTok tersebut sebagai kenangan.

Najmi bersama arwah ibunya.

Dalam pada itu Najmi sempat berterima kasih kepada sahabat di sekelilingnya yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti.

"Kalau ikutkan memang tak kuat sebenarnya nak habiskan baki setahun pengajian tu.

"Waktu belajar, saya kerap call mak saya, walaupun cuma bercakap benda biasa tapi bila dengar suara dia itulah sumber kekuatan saya.

"Lepas apa yang terjadi, kadang-kadang saya masih call dia secara tak sengaja sebab dah terbiasa, baru saya teringat yang dia dah tak ada.

Adik-beradik Najmi datang menemaninya pada hari konvokesyen.

"Saya gagahkan juga untuk habiskan degree ini sebab itu memang harapan arwah. Nak tak nak saya akan penuhi juga," cerita Najmi.

Berkongsikan kisah tragis pemergian ibunya, Najmi memberitahu dia berada di samping insan istimewa itu sehingga ke saat terakhir.

"Waktu tu mak saya ada simptom Covid-19. Tapi apabila buat swab test negatif.

"Mak saya meninggal secara mengejut disebabkan heart attack. Ketika kejadian saya tengah bawa dia ke klinik untuk check status Covid-19.

Najmi menerima ijazah yang cukup bermakna kepadanya setelah apa yang dilalui.

"Waktu mak meninggal dalam kereta, saya ada di sisi dia," kata Najmi yang hanya boleh melihat tanpa mampu berbuat apa-apa.

Ketika ditanyakan adakah dia mempunyai sebarang penyesalan selepas ibunya berangkat ke negeri abadi, Najmi berkata dia yakin dia sudah berikan yang terbaik.

"Waktu saya belajar di UKM di Kuala Lumpur, kalau ada cuti umum je ataupun cuti hujung minggu mesti akan balik ke kampung saya di Terengganu untuk jumpa mak.

Di sebalik senyuman Najmi tersembunyi duka merindui ibu yang tercinta.

"Kalau tak dapat balik pun, saya akan selalu call dia untuk tanya tanya khabar.

"Dan bulan terakhir sebelum dia pergi, waktu tu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya banyak luangkan masa bersama mak sebab saya mengikuti kelas secara atas talian.

"Saya bawa dia pergi makan apa yang dia craving dan banyak berbual dengan dia," kata Najmi berpuas hati kerana dapat menuruti segala hasrat ibunya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain