RAMAI golongan pekerja pernah berada dalam situasi sama, gaji bulanan hampir serupa dengan rakan sepejabat, namun apabila melihat slip gaji, jumlah Potongan Cukai Berjadual (PCB) kelihatan jauh berbeza.Persoalan mula timbul, adakah berlaku kesilapan di pihak sumber manusia (HR) atau wujud unsur pilih kasih? Hakikatnya, sistem PCB ditetapkan secara standard dan tidak bergantung kepada andaian atau kiraan manual majikan.Bagi memahami perkara ini, penting untuk melihat bagaimana struktur asas PCB berfungsi sebagaimana dikongsikan perunding kewangan berlesen, Muhammad Faizul Fakar.PCB tidak dikira berdasarkan gaji pokok semata-mata, sebaliknya sistem akan mempertimbangkan beberapa profil asas pekerja:Antara faktor utama yang dinilai adalah seperti berikut:1. Status perkahwinan, sama ada bujang atau berkahwin.2. Status pasangan, sama ada bekerja atau tidak.3. Bilangan anak di bawah tanggungan.Ketiga-tiga elemen ini akan mempengaruhi jumlah pelepasan cukai asas sebelum kiraan dibuat.Dalam masa sama, timbul persoalan dalam kalangan pekerja mengenai pelepasan tambahan seperti caruman takaful, zakat atau Skim Persaraan Swasta (PRS). Penting untuk difahami bahawa pihak HR tidak mempunyai maklumat dalam organisasi ini.Jafi jika pekerja tidak membuat pengisytiharan, sistem akan menggunakan tetapan lalai (default setting) berdasarkan maklumat awal ketika mula bekerja. Ini menyebabkan potongan PCB menjadi lebih tinggi kerana hanya pelepasan asas diambil kira serta majikan tidak membuat pengiraan secara manual. Nasihat pakar kewangan boleh membantu anda merancang perbelanjaan dengan baik. -Gambar hiasanKebanyakan organisasi menggunakan perisian payroll yang diselaraskan dengan formula rasmi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Sistem ini akan menganggarkan jumlah pendapatan tahunan, menolak pelepasan yang diketahui, seterusnya mengira cukai tahunan sebelum dibahagikan kepada 12 bulan.Tanpa maklumat tambahan daripada pekerja, potongan yang dikenakan lazimnya berada pada kadar maksimum berdasarkan profil semasa.Bagi mengelakkan aliran tunai bulanan terjejas, pekerja sebenarnya mempunyai satu kaedah yang boleh dimanfaatkan, iaitu melalui Borang TP1.Borang ini boleh dimohon daripada pihak HR dan berfungsi sebagai medium untuk mengisytiharkan pelepasan cukai tambahan yang ditanggung secara peribadi.Antara pelepasan yang boleh diisytiharkan melalui Borang TP1 termasuk:1. Perbelanjaan gaya hidup seperti pembelian peranti, sukan dan langganan internet.2. Insurans perubatan dengan had semasa sehingga RM4,000.3. Bayaran zakat bulanan.4. Caruman Skim Persaraan Swasta (PRS) dengan pelepasan sehingga RM3,000 yang dilanjutkan hingga 2030.Apabila maklumat ini dikemas kini oleh HR dalam sistem, jumlah PCB bulanan akan diselaraskan dan lazimnya menjadi lebih rendah.Walaupun lebihan bayaran cukai masih boleh dituntut semula melalui proses e-Filing pada tahun berikutnya, pendekatan ini kurang efisien daripada sudut pengurusan aliran tunai.Wang yang tidak dipotong secara berlebihan sebenarnya boleh dimanfaatkan lebih awal untuk tujuan simpanan atau pelaburan.Sehubungan itu, pekerja disarankan untuk lebih proaktif dalam memahami struktur PCB serta memanfaatkan kemudahan yang disediakan. Untuk semakan lanjut, kiraan anggaran juga boleh dibuat menggunakan kalkulator PCB rasmi yang tersedia di portal LHDN.