Hutang orang yang meninggal dunia tidak terhapus dan wajib dilunaskan menggunakan harta pusaka si mati. -Gambar hiasan
KEMUDAHAN kaedah pembayaran Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) kini semakin meluas digunakan dalam kalangan pengguna.Bagaimanapun timbul persoalan tentang status atau kedudukan hutang melibatkan kemudahan BNPL sekiranya pembeli meninggal dunia sebelum sempat melunaskan hutang. Penasihat kewangan, Jasmin Jara'ee tampil menjelaskan bahawa kemudahan BNPL tetap dikira sebagai hutang si mati dan tidak terhapus secara automatik selepas kematian.Harus difahami bahawa, sekiranya berlaku kematian:1. BNPL kekal sebagai hutang si matiHutang tersebut akan dituntut daripada harta pusaka si mati. Ia perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang pembahagian dibuat kepada waris, sama seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi atau hutang lain.Dalam urusan pentadbiran pusaka, penyelesaian hutang merupakan keutamaan sebelum agihan harta.2. Waris tidak menanggung secara peribadiKebimbangan bahawa waris perlu melangsaikan hutang menggunakan wang sendiri adalah tidak tepat, sebaliknya:a) Hutang hanya dibayar menggunakan harta pusaka si mati.b) Waris tidak diwajibkan menanggung baki hutang jika harta tidak mencukupi.c) Tanggungjawab hanya terpakai jika waris merupakan penjamin.Walau bagaimanapun daripada sudut agama, waris digalakkan membantu melunaskan hutang si mati sekiranya berkemampuan, sebagai satu bentuk ihsan.Waris digalakkan membantu melunaskan hutang si mati sekiranya berkemampuan. -Gambar hiasan3. Risiko BNPL yang sering dipandang ringanPenggunaan BNPL secara kerap untuk pembelian kecil boleh menyebabkan hutang terkumpul tanpa disedari.Lebih membimbangkan, hutang ini mungkin tersebar di pelbagai platform dan sukar dikesan oleh waris kerana semuanya berada dalam aplikasi digital.Sebagai contoh, seseorang mungkin mempunyai baki tertunggak pada beberapa akaun BNPL serta kad kredit, namun perkara ini tidak diketahui oleh waris.Situasi ini boleh menyulitkan proses pengurusan pusaka dan berpotensi menyebabkan hutang terlepas pandang.4. Langkah yang boleh diambilBagi pengguna kemudahan BNPL, beberapa tindakan boleh dipertimbangkan:a) Menyediakan senarai atau mencatat secara lengkap hutang peribadi.b) Memaklumkan kepada pasangan atau waris terdekat.c) Mengelakkan penggunaan terlalu banyak platform BNPL secara serentak.d) Mempertimbangkan perlindungan seperti hibah takaful bagi memastikan terdapat dana segera untuk melangsaikan hutang.Kesimpulannya, walaupun BNPL dilihat sebagai kemudahan pembayaran yang mudah, ia tetap merupakan komitmen kewangan yang perlu diurus dengan teliti termasuk dalam perancangan selepas kematian.