suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berkeras nak gerak solo turun gunung, pendaki wanita maut tergelincir tebing air terjun selepas 4 hari hilang

Mayat mangsa ditemukan selepas empat hari operasi pencarian. -Foto KhaoSod

SEORANG wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti mendaki gunung akhirnya ditemukan maut pada Rabu, selepas operasi pencarian besar-besaran dilakukan selama empat hari berturut-turut.

Mangsa, Wanthanee atau Ae, 53, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada kumpulan rakannya ketika menuruni Gunung Khao Jed Yod, Thailand.

Menurut rakannya, Wanthanee bangun lebih awal dan mengemas barangannya sebelum ahli kumpulan mereka yang lain. 

Dia kemudian memaklumkan hasrat untuk turun dari gunung seorang diri.

Walaupun diminta bergerak bersama kumpulan atas faktor keselamatan, Wanthanee tetap meneruskan perjalanan bersendirian.

ARTIKEL BERKAITAN: Geng ‘off road’ dikecam ceroboh Tapak Warisan Dunia UNESCO... Selamba pandu 4x4 masuk sungai, siap terbang dron!

Menurut rakannya lagi, wanita itu sudah biasa dengan kawasan tersebut kerana pernah beberapa kali mengunjungi hutan dan melalui laluan sama sebelum ini.

Pihak berkuasa percaya mangsa mungkin tersesat di dalam hutan dan cuba menuruni gunung dengan mengikuti aliran air. 

Pasukan penyelamat akhirnya menemukan mayat mangsa berhampiran kawasan Air Terjun Ton Teh selepas usaha pencarian dipusatkan di sekitar lokasi itu.

Keadaan laluan yang licin dan berbahaya dipercayai menyebabkan dia tergelincir sebelum terjatuh dari tebing berhampiran air terjun itu.

Operasi membawa keluar mayat mangsa turut berdepan kesukaran berikutan hujan lebat dan keadaan laluan yang berlumpur sebelum mayat diserahkan kepada keluarganya di Nonthaburi. -Agensi

Artikel Lain