suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaki bola tak payah pening... Kini boleh layan ‘live’ Piala Dunia 2026 guna aplikasi MyGOV Malaysia

Pengguna yang berdaftar dengan MyDigital ID boleh mengakses siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2026 melalui ciri penstriman langsung dalam aplikasi tersebut.

ORANG ramai boleh menonton siaran langsung Piala Dunia FIFA 2026 yang akan datang melalui aplikasi MyGOV Malaysia.

Dalam satu pengumuman pada Jumaat, Kementerian Digital berkata pengguna yang berdaftar dengan MyDigital ID boleh mengakses liputan langsung melalui ciri penstriman langsung dalam aplikasi tersebut.

"Aplikasi MyGOV Malaysia mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Madani untuk menambah baik cara rakyat Malaysia mengakses perkhidmatan digital.

"Seiring dengan peningkatan penggunaan, platform ini sedang dipertingkatkan secara berperingkat bagi menyokong skalabiliti, prestasi serta penambahbaikan pengalaman pengguna," kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

MyGOV Malaysia dilancarkan pada 2025 sebagai aplikasi platform bersepadu bagi menggabungkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan.

Ia kini menampilkan 51 perkhidmatan daripada 19 agensi kerajaan, termasuk Status Sekatan Perjalanan, Wang Tidak Dituntut dan PriceCatcher, dengan lebih 2.2 juta pengguna.

Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai, dengan perlawanan diadakan di Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat.

Kementerian Komunikasi mengumumkan RTM dan Unifi TV sebagai penyiar rasmi Piala Dunia di Malaysia. -The Star

Artikel Lain