SEORANG anggota bomba ditahan polis selepas disyaki mengganggu dengan mengekori dan mengintip wanita yang juga merupakan bekas kekasihnya.Lebih mengejutkan apabila suspek dipercayai turut berkeliaran di tempat kerja wanita itu. Kejadian dilaporkan berlaku di Toyota City, Jepun.Menurut pihak berkuasa, suspek berusia 33 tahun dikenali sebagai Teijin Otsubo ditahan atas kesalahan melanggar undang-undang anti-penghendapan Jepun (anti-stalking).Difahamkan, suspek yang bertugas di Jabatan Bomba Toyota City didakwa mengekori wanita berusia 43 tahun itu ke sebuah taman pada 22 Februari lalu.Mangsa kemudian membuat laporan polis dan memaklumkan lelaki tersebut adalah individu yang pernah menjalin hubungan dengannya sebelum ini.Polis dilaporkan memberi amaran kepada suspek supaya tidak mendekati mangsa, namun lelaki itu sekali lagi dikesan berada berhampiran tempat kerja wanita berkenaan pada 1 Mac.Susulan kejadian itu, pihak polis bertindak menahan suspek pada Isnin bagi membantu siasatan lanjut.Dalam perkembangan sama, Jabatan Bomba Toyota City turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kelakuan anggotanya itu. -Agensi