suria

Rancang jadi suri rumah selepas kahwin, BF duda respons ‘kerja malam je’! Gadis keliru dia lelaki gatal atau normal

Seorang gadis meluahkan mengenai teman lelaki berstatus duda. -gambar hiasan

RUMAH tangga bahagia merupakan impian setiap pasangan.

Angan-angan itu juga sering menjadi topik perbualan bagi pasangan yang sedang bercinta.

Bagi seorang gadis, pengalaman berkongsi mengenai rancangan selepas berkahwin bersama teman lelaki ternyata mengejutkan.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, gadis berkenaan meluahkan hasrat tidak mahu bekerja selepas berkahwin kepada teman lelaki.

borak pasal kahwin 2

Pertanyaan seorang gadis meraih pelbagai reaksi.

"Dia (teman lelaki) balas tak perlu kerja pun, nanti 'kerja malam je' kat rumah. Dia kemudian nak peluk tapi counter back nanti lepas kahwin baru puas peluk, manja, dekat-dekat.

"Dia kadang-kadang beritahu tugas isteri melayan suami walhal kami belum kahwin, jauh lagi nak tunang atau nikah," luahnya di laman Twitter @twtmalaywedding.

Susulan itu, dia membangkitkan persoalan sama ada gurauan seumpama itu daripada kekasih adalah perkara biasa, atau sebenarnya tidak wajar untuk diperkatakan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dah minta maaf, apa lagi dia nak?" - Isteri curang hingga hamil 2 bulan bingung, ungkit kisah silam suami terlanjur dengan ex-gf

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun kahwin, suami kantoi curang hampir 10 kali - "Dia masih main Tinder, WeChat... saya lari balik kampung"

"Adakah tidak normal untuk adakan perbualan seperti itu atau boleh je kadang-kadang nak borak perkara-perkara seperti itu?

"Saya tahu at the first place, bercinta tu sendiri salah. Berkhalwat dalam maya dan dating. Tapi saya benar-benar tak tahu adakah perbualan seperti ini OK ke tak OK.

"Atau kena tegas dengan dia, kena cakap saya tak minat benda begini. Ke normal je, sekurang-kurangnya kita tahu tujuan dia lepas kahwin," ujarnya.

borak pasal kahwin 3

Gadis berkenaan mendapatkan pandangan orang ramai.

Menurut gadis itu lagi, dia bimbang akan 'tersasar jauh' dengan kekasihnya, sekiranya berterusan berbual mengenai topik seperti itu.

"Takut apabila kita seronok cakap-cakap begitu, nafsu melayang," katanya sambil menambah kekasihnya merupakan duda yang berusia sekitar 27 tahun.

Menerusi bebenang di laman Twitter @twtmalaywedding, netizen memberi pandangan masing-masing, menjawab kemusykilan sama ada situasi tersebut adalah normal atau tidak.

Nanti kalau kita layan, memang sampai ke sudah la tak kahwin

NETIZEN

"Tak normal. Gatal. Lelaki yang betul sayangkan awak tak akan borak benda macam ni dengan perempuan yang dia sayang. Dia akan hormat dan tahu batas. Cara dia borak ni macam dia dah biasa borak benda-benda macam ni dengan kawan-kawan atau rakan sekerja. Gelilah. Jauhkan diri dari dia please.

"Pada dia normal sebab dia duda. Gurauan orang dah pernah kahwin memang lain macam tak kira lelaki ke perempuan. Kena tegas cakap tak selesa. Kalau risau orang tu terasa buat nada bergurau.

"Orang lelaki yang sangat respek dengan perempuan tidak akan sesekali bergurau atau bertanya atau menceritakan perkara macam ni dekat perempuan. Sekali dia bergurau seperti itu, itu tandanya otaknya sentiasa fikir benda-benda macam tu.

"Rasa macam dia mula adakan perbualan seks. Kenal sangat. Nanti kalau kita layan, memang sampai ke sudah la tak kahwin," demikian antara komen netizen.

borak pasal kahwin 4

Antara komen netizen.

Pada masa sama, ada yang mengesyorkan supaya gadis itu menyiasat status duda teman lelakinya dan punca penceraian dengan bekas isteri.

"Sebelum hubungan tu lebih lama, cuba kau cari tahu dulu apa punca dia bercerai? Tanya dia dan orang terdekat. Manalah tahu kot bercerai sebab gatal atau apa.

"Dia duda yang muda kot. Naya nanti. Jangan terlanjur sayang dulu," kata netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain