Baru 2 tahun kahwin, suami kantoi curang hampir 10 kali – “Dia masih main Tinder, WeChat... saya lari balik kampung”

Seorang isteri meluahkan masalah mengenai suami yang hampir 10 kali kantoi curang. Gambar hiasan

SESUNGGUHNYA kecurangan merupakan sesuatu yang pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya.

Begitulah nasib malang menimpa seorang isteri yang baru dua tahun menempuh alam rumah tangga.

Mempunyai seorang anak, wanita itu tabah menahan derita disebabkan kecurangan suami berkali-kali sejak di awal perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tolak kejutan tiket bola isteri hidap kanser, kantoi buat 'OT' di stadium dengan ex-gf, siap check in - "Kalau saya dah tak ada, dia boleh jadi mak tiri anak kita"

ARTIKEL BERKAITAN: "Maaf, saya dah mula sayang suami akak" - Panas! Pelajar syariah goda suami orang untuk kajian rare, akhirnya jatuh cinta dengan pekerja kerajaan

"Suami saya pernah curang dari awal kahwin berkali-kali kantoi, hampir 10 kali kantoi. Dia pernah curang dengan ramai perempuan.

"Sebabnya awal-awal kahwin kami tinggal berasingan sebab kerja jauh. Lepas kantoi kali ketiga baru kami tinggal sekali, tu pun lepas saya berhenti kerja," menurut luahan seorang isteri yang lama terpendam, menerusi halaman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Luahan seorang isteri di Facebook Kisah Rumah Tangga.

Pada mulanya dia menganggap suaminya telah berubah susulan kejadian itu, tapi sangkaannya ternyata meleset.

"Rupa-rupanya dia masih main Tinder, WeChat. Baru-baru ni kami gaduh sebab saya jumpa dia ada simcard lain dan saya lari balik kampung.

"Kami hampir nak cerai dah. Tapi dia pujuk, dia cakap dia dah betul-betul berubah," katanya.

Menurut wanita itu, dia menerima kembali suaminya hanya disebabkan anak mereka.

Malah, segala masalah rumah tangganya tidak diketahui keluarga dan menyangka hubungannya bersama suami sentiasa bahagia.

Antara komen dan pandangan netizen.

Namun, katanya, kini timbul masalah apabila suaminya menukar semua kata laluan bagi akaun media sosial, emel termasuk telefon bimbit.

"Bila saya minta dia tak bagi. Saya merajuk tapi dia tak pujuk pun. Saya tak tahu nak percaya dia lagi ke tak? Bila teringat dia curang tu memang rasa sakit hati sangat.

Saya tak tahu nak percaya dia lagi ke tak? Bila teringat dia curang tu memang rasa sakit hati sangat

ISTERI

"Saya masih simpan lagi gambar-gambar dia dengan perempuan-perempuan lain tu. Rasa-rasa patut ke saya terima dia? Saya takut kalau dia curang lagi lepas ni," ujar wanita itu mendapatkan pandangan mengenai masalah rumah tangganya.

Rata-rata netizen menasihati wanita itu supaya menerima sikap ‘buaya darat’ suaminya dan menyifatkan perpisahan merupakan jalan terbaik selepas berkali-kali curang.

Netizen mempersoalkan keinsafan seorang suami yang sering curang pada isterinya.

"Dalam masa dua tahun kahwin, dah 10 kali curang. Tolong fikir untuk kebaikan diri kamu dan anak. Kalau dah tukar semua password, apa makna tu?

"Memang tak baik berprasangka buruk. Tapi fikirlah betul-betul, nak stay atau cari kebahagian diri sendiri," komen seorang netizen.

"Anak baru sorang dah kantoi 10 kali. Bayanglan anak dua tiga esok macam manalah agaknya. Tolong move on. Laki macam ni tak layak ada isteri sebab haram juga dia suka.

"Tak tahulah macam mana sis boleh bertahan, kalau saya kali pertama lagi saya nak cerai. Kalau betul dia sayang, dia tak kan buat macam tu kat sis," ujar seorang lagi.

"Tak payah terima dah lah. Dari curang hampir 10 kali, tak mustahil akan datang dia curang hampir 100 kali pula," komen yang lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

suami, curang, kantoi, Tinder, Wechat,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain