suria

Malu kena ‘reject’ satu hal, wanita sering jadi bahan lawak rakan ofis sejak luah perasaan terhadap bos

Wanita tidak tahan dihina di pejabat kerana isu peribadi. -Gambar hiasan

BERTERUS terang menyatakan rasa cinta kepada seseorang mungkin tidak salah tetapi jika lamaran ditolak ia boleh mengundang rasa malu.

Apatah lagi yang meluahkan rasa cinta itu adalah perempuan, pastinya dianggap perigi mencari timba.

Situasi itulah yang perlu dihadapi seorang wanita yang sering dihina di pejabat selepas meluahkan perasaan, menyatakan rasa suka terhadap ketuanya sendiri.

Rakan sekerja biasanya gemar berkongsi makanan di pejabat. - Gambar hiasan

Rakan sekerja biasanya gemar berkongsi cerita. -Gambar hiasan

"Aku ada masalah dengan ketua aku tapi hal peribadi. Bab kerja aku boleh dikatakan agak cemerlang, tu yang dia menyampah sebab tiada alasan nak keluarkan aku.

"Masalah aku kat dia, aku crush kat dia, dia tak suka, dia asyik hina dengan gelakkan aku ja," kongsinya di media sosial.

Menurut wanita itu, syarikat tempat dia bekerja gemar menganjurkan acara makan dan setiap kali pergi mengambil makanan pasti dirinya akan menjadi bahan lawak sesama rakan pejabat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jatuh cinta rakan sekerja, anggap lelaki paling dipercayai... Lepas 7 bulan status terbongkar, menyesal tak selidik awal!

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja baharu dipulau rakan ofis... Syak sebab terlalu jujur bercerita dengan bos tentang cara kerja staf senior

"Bila aku dekat, dia akan tarik muka siap bahasa badan menyampah kat aku. Orang sekeliling nampak mereka akan gelak-gelak.

"Jujur cakap aku rasa dihina, dah bertahun hadap macam ni. Doa, zikir sepanjang dengar mereka gelakkan aku, Itu pun buat ketua aku bengang sebab aku tak nangis," katanya.

Wanita itu juga meminta pandangan warga maya tentang apa yang perlu dilakukannya kerana terpaksa menahan malu setiap hari.

Lepas ni kerja adalah kerja, kena matang. Abaikan je la rakan kerja tu buat tak tau je.

WARGA MAYA

"Ketua aku ni sebenarnya baik, semua orang suka termasuk aku. Cuma dia menyampah aku ni yang pergi terus terang cakap suka kat dia.

"Ingat tak suka je, rupanya jadi 'kudis' yang amat. Ditambah pula orang sekeliling yang jadi penyampai," katanya.

Tambahnya lagi, setiap kali dia membawa makanan ke pejabat untuk makan beramai-ramai, ketuanya itu tidak akan menjamahnya.

Terlalu jujur meluahkan perasaan boleh menyebabkan sesebuah hubungan retak. - Gambar hiasan

Terlalu jujur meluahkan perasaan boleh menyebabkan hubungan baik menjadi retak. -Gambar hiasan

"Bila ketua bawa makan, aku makan sebab dia cakap jemput semua cuma segelintir kawan-kawan cakap 'ni si X punya' untuk maklum lelaki itu yang bawa.

"Bila aku ambil (makanan) mereka tarik muka. Entah la, sebenarnya aku tak perlu ambil tapi aku ni bodoh," katanya.

Sementara itu, netizen mendoakan wanita itu kekal tabah dalam pekerjaan dan mencari kerja di tempat lain jika mempunyai peluang.

"Lepas ni kerja adalah kerja, kena matang. Abaikan je la rakan kerja tu buat tak tau je. Mereka suka la tu ada bahan nak buat lawak bodoh.

"Semoga cepat jumpa jodoh terus kahwin ya.

"Pengajaran hidup. Jangan sesekali bercinta satu pejabat," kata beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain