MASIH ramai yang beranggapan kerja di kilang adalah pekerjaan bertaraf rendah dan hanya sesuai bagi individu yang tahap pendidikannya tidak tinggi.
Walhal, terdapat banyak posisi di sektor perindustrian yang memerlukan kemahiran teknikal dengan kelayakan akademik tinggi.
Turut dipandang rendah kerana bekerja kilang, seorang wanita berkongsi pengalaman disindir ibu saudara selepas memaklumkan pekerjaannya.

Ramai beranggapan pekerjaan di kilang hanya operator pengeluaran sahaja. -Gambar hiasan AI
"Ada seorang makcik ni tanya pekerjaan aku, lepas tu aku cakaplah kerja kilang tanpa maklumkan position apa-apa.
"Kemudian dia cakap... belajar tinggi-tinggi tapi kerja kilang je, anak makcik kerja supervisor.
"Konon-konon nak downgrade akulah kan... dia ingat kita cikai-cikai je kot," ujarnya di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘demand’ naik gaji disindir, dibuli rakan sekerja gara-gara mulut celupar staf HR - “Bukan RM10,000 pun!”
ARTIKEL BERKAITAN: Betul-betul ‘bertatih’ bina kerjaya walau ada ijazah! Mula-mula cuci longkang, najis... kini kerja kilang warga asing jadi bos
Menurut wanita ini, sebelum sempat dia memaklumkan jawatan yang disandang, bapanya tiba-tiba menyampuk dan menjelaskan tentang peranan dan tanggungjawabnya di kilang.
"Kemudian ayah aku mai back-up dan kata... dia kerja kilang tapi dalam makmal, kerja chemist.
"Terus malu makcik tu," tambahnya sambil menyatakan pekerjaan kilang tidak terhad kepada bahagian operator pengeluaran semata-mata.
- Ramai masih pandang rendah kerja kilang.
- Wanita disindir makcik lepas kongsi pekerjaan.
- Ayah jelaskan dia jurukimia di makmal.
- Dia pesan jangan malu kerja kilang.
- Netizen setuju dan kongsi pengalaman sama.
Dalam hantaran susulan, wanita ini menegaskan bahawa mereka yang bekerja kilang tidak perlu berasa rendah diri kerana bidang itu luas dan merangkumi pelbagai peranan penting.
"Tak semestinya kerja kilang tu position biasa. Tak semestinya chemist mesti dalam sektor kerajaan. Ada banyak je dekat sektor swasta,” ujarnya.

Warga maya berkongsi pengalaman sama.
Perkongsian tersebut menerima ratusan tanda suka dan komen daripada pengguna lain yang turut bersetuju dengan pandangannya serta berkongsi pengalaman sama apabila dipandang rendah hanya kerana bekerja di kilang.
"Saya pernah kena dengan pekerja bank. Urusan awal dengan pegawai A tapi masa proses tandatangan dokumen dengan pegawai B. Dia acuh tak acuh sebelum tahu saya bayar deposit kereta RM15,000.
"Kawan aku kerja kilang gaji RM12,000 tapi kalau tanya kerja apa dia akan jawab... masih kerja kilang," demikian reaksi netizen.
Dalam pada itu, terdapat juga segelintir warga maya yang memintanya berterus terang tentang pekerjaan bagi mengelakkan situasi yang dialami.


