suria

Wanita tunangan orang tak keruan ‘crush’ satu pejabat puji comel... Siap setuju keluar berdua-duaan - “Suara dia jantan, aku terpikat”

Pelbagai ujian mendatang ketika dalam fasa pertunangan. -Gambar hiasan AI

FASA pertunangan sering dianggap tempoh paling mencabar dalam sesebuah hubungan terutama apabila pasangan diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila dia mengaku keliru selepas mula rapat dengan rakan sekerja yang pernah menjadi lelaki idamannya.

Menurut wanita itu, sebelum mengenali tunangnya, dia pernah menaruh perasaan terhadap rakan sekerja itu namun hubungan mereka sekadar berbalas senyuman.

Banyak bibit kecurangan bermula di pejabat. -Gambar hiasan AIBanyak bibit kecurangan bermula di pejabat. -Gambar hiasan AI

"Sebelum jumpa tunang, aku crush kat sorang lelaki kat pejabat ni. Kami tak pernah bercakap, hanya senyum je apabila terserempak tapi sejak bulan lepas dah mula bercakap.

"Kadang tu terjumpa kat pantri, jadi kami minum sekali. Dia tak la kacak sangat tapi suara dia jantan. Aku terpikat sangat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang tak serius kumpul duit kahwin, wanita akui cinta mula goyah... Hati makin terpaut dengan kematangan rakan sepejabat

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan ajak ikut rombongan majlis tunang abang, tapi kena scam! Tiba-tiba diminta RM150 bayar duit homestay

Jelasnya, keakraban kian bertambah selepas mereka beberapa kali meluangkan masa minum bersama di pantri.

"Sekali semalam dia cakap aku cute. Aku macam berbunga la kan. Pastu dia ajak aku dating weekend ni. Aku tak tahu gila ke apa... aku terus setuju. 

  • Wanita bertunang keliru selepas mula rapat dengan rakan sekerja yang pernah jadi ‘crush’.
  • Mereka semakin mesra selepas sering minum bersama di pantri.
  • Lelaki itu memuji dan mengajaknya keluar hujung minggu ini.
  • Wanita rasa bersalah kerana masih sayang tunang.
  • Netizen kecam dan nasihatkan supaya fikir semula pertunangan.

"Sekarang aku rasa macam dah menipu pulak. Aku sayang tunang aku tapi aku dah lama crush dia ni dan tetiba dia approach aku pula. Boleh gila aku macam ni," katanya.

Perkongsian itu mengundang rasa geram dalam kalangan netizen yang menyarankan wanita itu memutuskan sahaja pertunangannya kerana tidak mampu menahan ujian.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Malah, ada juga menasihatinya agar berhati-hati kerana ada lelaki yang suka mengambil kesempatan kepada wanita yang meminati mereka.

"Putus je la tunang. Tunang kau tu layak dapat yang lagi baik. Setia itu mahal orang murah tak layak untuk dapatkannya.

"Jantan ni suka ambil kesempatan, wanita ni mudah terhutang budi, sampai tergadai maruah. Jaga diri kau baik-baik," katanya.

Artikel Lain