RAMAI beranggapan cara untuk jimatkan bil elektrik adalah dengan berkorban tidur dalam keadaan berpeluh tanpa pendingin hawa.Sebenarnya salah kerana anda masih boleh tidur selesa setiap malam dengan strategi betul tanpa menaikkan bil elektrik. Public Health Malaysia berkongsi beberapa tip praktikal untuk kekal sejuk tanpa 'sakit hati' menerima bil setiap bulan.1. Suhu 'masuk akal'Tetapkan suhu antara 23 darjah celcius (°C) hingga 25°C sudah memadai dan nyaman untuk tidur lena.2. Gandingkan dengan kipas silingPasang kipas siling sekali supaya angin sejuk cepat beredar ke seluruh bilik.Apabila angin berputar, kompresor aircond tidak lagi perlu bekerja keras menjadikan lebih jimat tenaga.3. Tetapkan masa (matikan suis) sebelum tidurTetapkan masa tiga atau empat jam sahaja.Apabila suhu bilik semakin sejuk, badan akan adaptasi secara semula jadi. Justeru tak perlu aircond sampai Subuh.4. Cuci filter (penapis) dua minggu sekaliPenapis yang kotor buatkan aircond bekerja lebih kuat dan guna lebih banyak elektrik.5. Cabut plag pada suis apabila tak digunakanWalaupun tak hidupkan aircond, plag yang masih terpasang tetap menarik tenaga (phantom load).6. Pilih pakaian tidur yang sesuaiTidur dalam baju tebal macam musim salji dan laras suhu suhu 18°C memang tabiat membazir. Pakai pakaian longgar dan sejuk supaya suhu sederhana pun sudah memadai.7. Pertimbangkan aircond inverterAircond jenis inverter lebih efisyen dan kurang tenaga digunakan. Ia lebih menjimatkan serta 'mesra poket' dalam jangka masa panjang.