Seorang doktor wanita masih trauma menjadi mangsa gangguan seksual seorang pesakit. -Gambar hiasan AI
SEORANG doktor wanita berkongsi pengalaman pahit apabila pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang pesakit lelaki ketika bertugas di sebuah klinik swasta.Menurutnya, kejadian sekitar 2017 itu berlaku ketika dia bekerja secara sambilan sebagai doktor locum tetap di klinik berkenaan. Mengimbau kejadian itu, pesakit itu hadir mendapatkan rawatan dengan alasan mengalami masalah di bahagian sulitnya.Bagaimanapun menyedari 'body language' lelaki itu berbeza, dia memintanya datang kembali bagi menemui doktor lelaki.Pesakit lelaki yang mempunyai masalah berkaitan alat sulit wajar mendapatkan rawatan dengan doktor lelaki. -Gambar hiasan AI"Saya cadangkan dia tunggu doktor lelaki yang akan masuk bertugas pada sebelah petang."Lagi pun saya rasa kurang selesa dengan cara dia bercakap, macam gersang," dedahnya di media sosial.Namun lelaki berkenaan enggan menunggu dan mendesak agar pemeriksaan dilakukan segera.ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun hadap gangguan seksual, gadis dedah mesej lucah dikirim kekasih ibu... Buntu dihalang buat ‘report’ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berdendam dicabul abang ketika kecil... Ibu pula tak percaya, lebih sanjung anak lelaki - “Dia picit sakit gila”"Saya minta seorang staf teman, tapi tak jumpa sebarang tanda bengkak atau kemerahan seperti yang dia dakwa.“Dia minta saya pegang, sumpah saya memang tak nampak apa-apa pun. Dari situ saya dah syak ada sesuatu tak kena,” katanya.Selepas kejadian itu, dia mengakui berasa trauma dan memaklumkan perkara tersebut kepada pemilik klinik serta membuat laporan dalaman.Doktor wanita kongsi pengalaman menjadi mangsa gangguan pesakit lelaki di klinik pada 2017.Pesakit enggan tunggu doktor lelaki dan mendesak pemeriksaan segera.Tiada tanda masalah ditemui, tetapi pesakit tetap mendesak.Doktor trauma dan membuat laporan dalaman, minta tidak lagi ditugaskan untuk pesakit itu.Kisah ini peringatan bahawa gangguan seksual boleh menimpa doktor wanita, bukan hanya pesakit.Ringkasan ini dijana oleh AISelain, dia turut meminta agar tidak lagi ditugaskan untuk berdepan pesakit berkenaan."Seminggu selepas itu dia datang lagi, siap sebut nak minta jumpa saya. Bila beritahu doktor lain bertugas, dia terus balik."Cuma ada suatu hari itu, ada pertukaran syif dia nampak terus bising-bising nak jumpa, terus saya lari keluar masuk kereta," katanya.Doktor berkenaan membuat perkongsian itu sebagai peringatan gangguan seksual dalam bidang perubatan bukan sahaja melibatkan pesakit tetapi juga golongan doktor.