suria

Buat kerja tak ‘clean’! Pekerja kantoi edit hari cuti sakit, terduduk kena buang kerja 24 jam selepas HR telefon klinik

Menipu sijil MC bukan sahaja melanggar Akta Kerja 1955 tetapi turut salah di sisi undang-undang. -Gambar hiasan AI

RAMAI mengambil jalan mudah disebabkan mahu bercuti lebih lama dengan menipu sijil cuti sakit (MC) yang sebenarnya boleh mengundang risiko besar terhadap karier mereka.

Jika 'terkantoi' akibatnya bukan sekadar dikenakan tindakan disiplin tetapi boleh menyebabkan hilang pekerjaan.

Itu pengajaran dikongsikan seorang individu di media sosial mengenai nasib rakan sekerjanya yang diberhentikan selepas didapati memalsukan tempoh cuti sakit tertera pada sijil MC.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu anti staf MC, kini pengurus HR terima kifarah... Setahun sakit belakang tak sembuh - “Aniaya orang, Allah bayar cash”

ARTIKEL BERKAITAN: Staf kena hantar ‘live location’ kalau mohon AL, dapat MC... Bos suruh keluarkan segala bukti, tak boleh tenang bercuti

Menurut perkongsian itu, rakannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan diberikan cuti sakit selama dua hari oleh doktor namun menukarnya kepada tiga hari.

"Kepada yang selalu menipu MC tu, mari nak cerita sikit macam mana kawan aku boleh kena buang kerja pagi tadi.

"Dia pergi klinik ambil MC. Doktor tulis dua hari je tapi dia terlebih cerdik pergi tambah 'ekor' jadi tiga hari," tulisnya.

Cuti sakit sememangnya hak pekerja namun ia tidak wajar disalahgunakan. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun helah itu terbongkar apabila perbuatannya itu dikesan oleh staf sumber manusia (HR) syarikat.

Ujarnya, pihak HR menghubungi klinik terbabit untuk membuat pengesahan.

"Buat kerja tak clean. HR call klinik untuk dapat kepastian. Akhirnya kantoi sebab dalam sistem klinik tak sama," ceritanya.

Akibatnya, rakan sekerjanya menerima notis pemberhentian kerja dalam tempoh 24 jam selepas kesalahan itu terbongkar.

Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya menyifatkan apa yang berlaku adalah balasan disebabkan sifat tidak amanah dalam pekerjaan.

  • Seorang individu berkongsi kisah rakannya yang diberhentikan kerja selepas memalsukan sijil MC demi bercuti lebih lama.

  • Rakan tersebut asalnya diberikan cuti 2 hari oleh doktor, namun menambahnya menjadi tiga hari tanpa kebenaran.

  • Perbuatannya terbongkar apabila pihak HR menghubungi klinik untuk membuat pengesahan.

  • Semakan sistem klinik mendapati tempoh cuti sebenar tidak sama seperti yang dihantar kepada majikan.

  • Akibat tindakan tidak jujur itu, dia menerima notis pemberhentian kerja dalam tempoh 24 jam.

"Berapa banyak kes termination sebab kes tipu MC. Ada satu kes tu staf ambil MC dua hari. Bila buat verification, klinik tu tutup dua hari tu. Entah mana dia dapat MC.

"Orang yang bekerja, dan menipu ni, tak rasa ke gaji tu perlukan keberkatan? Allahu," komen netizen.

Sekadar makluman bersama, kesalahan menipu sijil MC bukan sahaja melanggar Akta Kerja 1955 tetapi turut salah di sisi undang-undang.

Jika pekerja didapati bersalah memalsukan sijil MC, mereka boleh dibuang kerja serta-merta kerana dianggap melakukan kesalahan di bawah Peraturan 4(2)(f) dan (g) Peraturan-Peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 untuk pekerja awam, sementara yang di swasta bergantung kepada polisi syarikat.

Artikel Lain