TIDAK dinafikan, setiap syarikat mempunyai peraturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi demi memastikan kelancaran operasi dan menjaga disiplin pekerja dalam organisasi.
Ini termasuklah prosedur memohon cuti tahunan (annual leave) yang biasanya memerlukan kelulusan daripada pihak atasan.
Namun, bayangkan apabila sesetengah peraturan syarikat mula menyentuh aspek privasi serta peribadi pekerja, secara tidak langsung ia menimbulkan tanda tanya dari sudut etika serta undang-undang pekerjaan.
Di laman sosial, seorang individu berkongsi situasi agak janggal di syarikat tempatnya bekerja apabila setiap kakitangan yang memohon cuti tahunan diminta menghantar live location kepada majikan.
Persekitaran di tempat kerja mempengaruhi prestasi kakitangan. -Gambar hiasan
"Soalan serius. Normal ke majikan minta live location masa kamu mohon annual leave dengan alasan dia nak tengok betul tak saya pergi holiday atau tak.
"Company yang saya kerja, (sama ada) cuti sakit, cuti kecemasan, cuti tanpa gaji, cuti tahunan... semua kena bagi live location.
ARTIKEL BERKAITAN: Orang HR banyak masa intai sosial media staf, ragu-ragu surat MC doktor - “Masa kerja sakit, malam sihat walafiat”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dipotong gaji gara-gara MC 3 hari... Sijil cuti sakit klinik kerajaan tak laku, HR persoal status kesihatan staf
"Bos saya cakap sekarang ada rules baru. Kalau nak cuti kena bagi live location," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Disebabkan peraturan baharu tersebut, ujarnya, setiap pekerja bukan hanya diminta menghantar live location malah apa saja perkara berkaitan perlu dihantar untuk dijadikan bukti kukuh sebelum memohon cuti.
Kalau gaji banyak pun tak guna duduk company macam ni.
NETIZEN
"Kalau company saya, keluarkanlah segala bukti yang ada... (Contohnya) gambar mak dekat hospital la, live location, bil semua.
"Apa benda tu? Itu kalau company yang saya kerja sekaranglah. Kalau company lain tak tahu," tulisnya lagi.
Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian warga maya yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai saranan dan pandangan.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Rata-ratanya menyifatkan peraturan di syarikat tempatnya bekerja sebagai keterlaluan kerana melanggar privasi kakitangan.
"Mulai dari sekarang cari tempat kerja lain. Kalau gaji banyak pun tak guna duduk company macam ni.
"Stalker versi moden eh majikan tu? Cuti orang pun dikacau privasinya.
"Majikan tak ada hak pun nak tau kita guna annual leave untuk apa sebenarnya," komen netizen.