suria

Dah bagi muka nikah tak minta hantaran, suami naik lemak malas kerja lepas kahwin! Isteri akhirnya tanggung keluarga

Kebanyakan isteri zaman moden membantu suami mencari pendapatan sampingan. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehidupan harmoni dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Namun, lain pula kisah yang dikongsikan wanita ini apabila dia mendakwa suaminya culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Menurut wanita itu, dia sudah menunjukkan usaha untuk mempermudahkan urusan suaminya sejak awal pernikahan mereka apabila tidak meminta wang hantaran.

Masalah kewangan sering menjadi punca utama perpisahan sesebuah hubungan. -Gambar hiasan

"Kami kahwin pun tak ada hantaran atau apa-apa. Bukan nak ungkit cuma rasa diri macam tak dihargai. Kita niat nak senangkan dia masa nak nikah kahwin," ujarnya.

Namun, pengorbanan memudahkan urusan membina masjid itu seolah-olah tidak dihargai pasangannya.

Sebaliknya, selepas berkahwin dia tetap menerima alasan sama setiap kali meminta suaminya membayar komitmen bulanan keluarga.

Situasi menjadi lebih membebankan apabila dia kini menanggung segala perbelanjaan sambil membesarkan anak kecil berusia tujuh bulan.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri ‘kalah’ dengan suami malas kerja, 8 tahun pikul tugas menafkahi keluarga - “Dia tunggu saya bagi modal bisnes”

ARTIKEL BERKAITAN:Suami selesa menganggur, kuat membuta! Cuma mahu ‘kerja’ hantar anak ke sekolah, bini ke pejabat - “Dia bangun hanya untuk makan”

"Setiap kali minta duit untuk bayar komitmen, alasan suami tetap sama tunggu esok-esok.

"Akhirnya jadi malas sebenarnya nak ingatkan dah. Rupanya patut la nak tinggal dekat rumah mak (mentua). Dia tak payah bayar apa-apa," katanya.

Berharap keadaan akan berubah, wanita ini pernah mengambil keputusan untuk berpindah dan menyewa rumah sendiri.

Bagaimanapun segala usahanya itu sia-sia apabila bebanan menanggung keluarga tetap jatuh di atas bahunya.

Bila cakap fasal cerai, dia mula la kata saya merepek.

PENGADU

"Bila saya buat keputusan nak keluar cari rumah sewa, ingatkan boleh la berubah tapi akhirnya isteri yang bayarkan semua.

"Hati seorang isteri ni masih sabar. Bila cakap fasal cerai, dia mula la kata saya merepek," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa mereka berdua ada menjalankan kerja sampingan bersama namun segalanya dilakukan seorang diri.

Lebih memeritkan, suaminya didakwa pandai mengelat atau curi tulang apabila mereka keluar mencari rezeki.

Ramai golongan isteri yang berusaha mencari pendapatan sendiri dari rumah. -Gambar hiasan

"Dia sekarang kerja Sabtu dan Ahad je jadi runner. Tugas dia cuma bawa ke tempat yang dituju dan duduk tunggu.

"Kerja dah buat lama tapi masih lagi nak tolak (tak berusaha) untuk bergerak. Tolong la bantu jangan nampak isteri pula yang terhegeh-hegeh.

"Saya suruh pergi dekat klien nak ambil butiran maklumat tapi bila saya tanya info ada ambil tak... dia kata (beri alasan) klien tak ingat maklumat," jelasnya.

Artikel Lain