MENGHADIRI temu duga kerja adalah saat mendebarkan dengan calon yang dipanggil sudah pasti akan membuat persiapan rapi.
Mereka bukan sahaja berpakaian kemas dan bersih, malah bersiap sedia dengan jawapan sesuai bagi menarik perhatian panel yang melakukan temu duga.
Bagaimanapun, berbeza dengan seorang calon, bukan dia yang masuk untuk ditemu duga sebaliknya ibunya.
Pelbagai cabaran perlu ditempuh dalam dunia pekerjaan. -Gambar hiasan
Situasi pelik itu diceritakan oleh seorang pegawai sumber manusia sebuah organisasi di media sosial.
"Panggil temu duga, tapi mak yang masuk tanya siap skop kerja gaji semua. Patut la tengok gambar resume dan yang hadir jauh beza.
"Aduhai nak tolak serba salah sebab mak dia sangat sopan santun tutur kata. Rasa macam nak ambil mak dia saja," kata wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cantik ‘lenggang kangkung’ datang ‘interview’ kerja… Tak sempat cakap banyak penemu duga hambat balik!
ARTIKEL BERKAITAN: Kos tinggi, gadis Kedah persoal syarikat panggil ‘interview’ di KL... Anggap ‘redflag’ jika tak boleh pertimbang buat ‘online’
Jelas pegawai itu, calon berkenaan adalah lelaki, mempunyai ijazah sarjana muda dan berusia 26 tahun.
"Dia duduk luar, tu yang rare," katanya yang bagaimanapun tidak menyatakan sama ada calon berkenaan diterima atau tidak.
Sementara itu, netizen yang pernah menjadi penemu duga juga pernah berdepan pengalaman yang hampir serupa yang mana kekasih 'dihantar' masuk ke bilik temu duga.
Sama macam apa yang suami cerita. Dia ada temu duga calon ni, bapa dia teman.
NETIZEN
"Aku pernah urus satu kes teman wanita nak masuk sekali, aku cakap tak boleh tapi minah tu tetap nak masuk hingga aku cakap nak batalkan.
"Akhirnya dia mengalah juga dan tarik muka tak puas hati. Aku saja tanya kenapa bawa teman wanita rupanya 'queen control'," katanya.
Reaksi netizen
Ada juga situasi bapa yang masuk menemani anak gara-gara sudah gagal beberapa kali dalam temu duga.
"Sama macam apa yang suami cerita. Dia ada temu duga calon ni, bapa dia teman. Anak dia tak tau nak jawab. SPM banyak gagal.
"Resume bapa yang buatkan tapi kira sedihlah. Beria bapa dia nak anak dia kerja," katanya.