Sesetengah individu memilih berbuka di tempat lain sekali sekala untuk merasai pengalaman Ramadan yang lebih istimewa. -Gambar hiasan AI
PERASAAN kecil hati dengan pasangan biasanya bukan disebabkan isu besar tetapi berpunca daripada perkara remeh.Isu remeh atau ucapan yang keluar dari mulut boleh membuatkan hati terguris malah membuatkan pasangan merajuk berhari-hari. Seperti luahan seorang wanita ini, dia berkecil hati dengan suaminya kerana enggan mengajaknya berbuka puasa bersama rakan-rakan di sebuah hotel."Kalau kau sedih tak suami nak pergi iftar dengan kawan-kawan dia dekat hotel tapi segan nak ajak kau sekali?" tulisnya meminta pandangan netizen.Tiada yang lebih membahagiakan selain duduk semeja dengan keluarga untuk berbuka puasa bersama. -Gambar hiasanWanita itu berkata, dia tidak pernah berasa malu untuk mengajak suaminya ke mana-mana majlis termasuk acara berbuka puasa anjuran syarikatnya sendiri. Malah, setiap kali ada acara rasmi atau tidak rasmi, dia sentiasa mahu suaminya ada bersama.Namun berbeza pula dengan sikap suaminya yang dikatakan memberi alasan segan untuk membawanya bertemu rakan-rakan.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri di rumah telan roti ‘expired’, suami sedap berbuka bufet dengan kawan... Minta belikan martabak pun tak dapat!ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan di WhatsApp jadi punca, isteri rakan sekerja merentan... Wanita tak terima digelar gedik! - “Aku layan semua macam tu”"Saya kenal semua kawan dia, cuma pelik kenapa tak nak ajak saya sekali kan."Dia cakap sebab segan dengan kawan-kawan dia. Ini bukan iftar company pun, saja iftar dengan kawan-kawan dekat hotel," tulisnya lagi.Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi bercampur.Sebahagian daripada mereka menasihatkannya supaya bersangka baik dan menganggap situasi tersebut sebagai salah satu 'me time' golongan kaum Adam untuk meluangkan masa bersama rakan.Seorang wanita kecil hati apabila suaminya enggan mengajaknya berbuka puasa bersama rakan-rakan di hotel.Suami memberi alasan segan, walaupun dia sendiri tidak pernah malu mengajak suami ke majlis anjuran syarikatnya.Wanita itu mempersoalkan tindakan suami sedangkan dia mengenali semua rakan lelaki berkenaan.Netizen memberi reaksi bercampur, ada yang menganggap ia sekadar 'me time' lelaki bersama kawan-kawan.Ada juga menyarankan agar dia berbincang secara terbuka dengan suami supaya tidak timbul salah faham berpanjangan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya pun tak suka bawa bini jika dengan kawan lelaki, kecuali semua bawa keluarga. Pandangan mata lelaki kena jaga."Sebab perbualan yang akan dibualkan hanya boleh dilayan oleh geng-geng lelaki jer... nanti bosan."Kalau lepas ni dia pergi iftar dengan geng dia, kau pergi iftar dengan geng perempuan kau," komen netizen.Namun ada juga yang berpendapat sebaliknya dan menyarankan supaya dia meluahkan isi hati kepada suami untuk mengelakkan timbulnya salah faham berpanjangan.