Bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia mencatatkan peningkatan. -Gambar hiasan AI
PENGALAMAN luar biasa selepas melepasi dan menyaksikan sendiri insiden kemalangan meragut nyawa ketika dalam perjalanan ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan beberapa tahun lalu masih berbekas di ingatan.Menurut Rosli, segalanya bermula di suatu petang apabila kenderaan dinaiki dia sekeluarga melalui satu lokasi yang baru sahaja terlibat kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua buah kereta. Mangsa penunggang motosikal dilihat ditutup dengan kain, manakala seorang lagi mangsa dilaporkan masih tersepit di dalam salah sebuah kereta yang remuk.Katanya, seperti kebiasaan bapanya akan memperlahankan kenderaan untuk melihat keadaan di lokasi kejadian dengan dia bersama adik dan ibunya turut menoleh.“Namun sebaik sahaja kami melepasi kawasan kemalangan, ibu tiba-tiba meminta semua orang diam dan mula berzikir tanpa henti,” katanya.Terdapat individu tertentu diganggu roh mangsa kemalangan. -Gambar hiasan AIRosli berkata, ibunya juga tidak memberikan sebarang respons apabila ditegur, menyebabkan suasana dalam kenderaan menjadi sunyi dan tegang.Beberapa jam kemudian, ketika hari sudah malam, ibunya meminta si suami berhenti di sebuah kedai makan berhampiran simpang jalan.Di situlah ibunya menceritakan sesuatu yang mengejutkan kepada keluarga mereka.Menurut ibunya, dia melihat mangsa motosikal sedang menangis di sisi jasadnya sendiri, selain menyaksikan sebuah keluarga berempat berdiri di hadapan kereta mereka yang remuk, seolah-olah memerhati dari luar.Lebih meresahkan, ibunya mendakwa terdapat satu kelibat yang mengikut mereka sejak dari lokasi kemalangan tadi.“Ibu berpesan supaya kami tidak memandang atau menegur dan berpura-pura tidak menyedari kehadiran kelibat tersebut,” kata Rosli.Apabila keluarga itu ingin meneruskan perjalanan, ibunya menyedari kelibat berkenaan masih mahu mengikut mereka.Ibunya kemudian meminta mereka menunggu di dalam kereta sementara dia menguruskan perkara tersebut.Tidak lama kemudian, ibunya kembali dengan wajah pucat sambil berdoa tanpa henti sebelum meminta bapanya meneruskan perjalanan dengan segera.Dalam perjalanan, ibunya memaklumkan bahawa kelibat tersebut adalah salah seorang mangsa kemalangan."Dia seorang wanita yang merayu meminta pertolongan kerana mendakwa dirinya masih tersepit dan belum meninggal dunia.“Ibu menjelaskan bahawa dia hanya mampu menenangkan dan mendoakan kerana kami bukan pasukan penyelamat dan sudah meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.Rosli berkata, selepas ibunya selesai berdoa, kelibat tersebut dikatakan menjerit dengan suara yang nyaring sebelum terus hilang daripada pandangan.Sejak kejadian itu, ibunya meminta bapa memandu dengan lebih laju kerana bimbang kelibat berkenaan akan kembali mengikuti mereka.Menurut Rosli, ibunya berpendapat ada mangsa kemalangan yang meninggal dunia dalam keadaan terkejut dan tidak menyedari kematian mereka, terutamanya individu yang terlalu terikat dengan urusan dunia dan pekerjaan.“Ibu selalu berpesan supaya menyeimbangkan antara kerja dan ibadah kerana kedua-duanya adalah tanggungjawab seorang muslim,” katanya.Rosli berkata, pengalaman tersebut menjadi peringatan kepada keluarganya bahawa hidup dan mati adalah ketentuan Allah dan tiada siapa mampu menolak takdir.