SEORANG pengawal keselamatan berkongsi pengalaman menyeramkan ketika bertugas syif malam di sebuah bank di Pantai Timur, yang sehingga kini masih menghantui fikirannya.Menurut lelaki dikenali sebagai Husin itu, kejadian berlaku ketika dia menggantikan rakan sekerja menjaga bank berkenaan pada malam hujung minggu. Sekitar pukul 7.30 malam, pengurus bank menyerahkan kunci sebelum pulang, manakala Husin bertanggungjawab mengunci pintu utama dan mengaktifkan sistem keselamatan.“Lepas semua siap, memang tinggal saya seorang dalam bangunan besar tu. Lagipun waktu Maghrib nak ke Isyak jadi berehat sekejap di surau bank."Tiba-tiba pintu surau dihempas kuat, tiba-tiba ada suara memanggil. Husin, ni manager keluar kejap," kongsinya.Pelbagai pengalaman seram dilalui pengawal keselamatan. -Gambar hiasan AIHusin berkata ketika itu darahnya terus berderau kerana pintu utama sudah berkunci dan sistem keselamatan masih aktif.“Kalau pengurus masuk, memang siren dah bunyi. Lagi satu, kami tak sempat pun berkenalan. Macam mana dia tahu nama saya?” katanya.Lebih mengerikan apabila Husin mendengar bunyi riuh rendah di luar surau seolah-olah bank sedang berurusan seperti waktu siang."Suasana tu lengkap dengan bunyi tapak kaki dan perbualan pelanggan. Siap sistem nombor giliran pun hidup sendiri," katanya.Berbekalkan sedikit keberanian, Husin bertindak keluar ke lobi tetapi sebaik dia tiba, suasana kembali sunyi sepi."Tiba-tiba, sistem nombor giliran bank berbunyi sendiri. Teng! Nombor 1001, kaunter satu. Kerusi pelanggan bergerak sendiri seolah-olah ada yang sedang duduk."Apabila saya toleh ke kaunter satu, lutut terus menggeletar. Pocong tengah duduk tunggu giliran," dakwanya.Husin mendakwa melihat sosok pocong duduk di kerusi pelanggan, lengkap berkain kafan lusuh dengan wajah hitam legam dan mata putih tanpa anak mata.“Dia duduk tegak macam pelanggan biasa, macam tengah tunggu giliran buka akaun,” katanya.Dalam ketakutan melampau, Husin menutup mata sambil berzikir, berharap bayangan itu hilang.Namun apabila dia membuka mata semula, pocong tersebut sudah berdiri betul-betul di sebelahnya, hanya berjarak seinci.Dalam keadaan panik, Husin terus membuka pintu utama dan melarikan diri menaiki motosikal tanpa menoleh ke belakang."Bank tu tak berkunci sepanjang malam. Biarlah pocong tu jadi pengawal malam. Kalau perompak masuk pun, saya rasa perompak yang lari dulu,” katanya.