PERJALANAN balik ke Kuala Lumpur selepas beraya di Kedah sepatutnya biasa sahaja, namun malam itu bertukar menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seorang pemuda ini.Aimul (bukan nama sebenar) memandu seorang diri dalam keadaan mengantuk, melalui jalan lama yang sunyi memandangkan waktu sudah menghampiri pukul 2 pagi. Dalam keadaan mata semakin berat, dia bercadang untuk berhenti seketika bagi berehat dan menghilangkan rasa mengantuk sebelum meneruskan perjalanan ke ibu kota.Tidak lama kemudian, dia ternampak sebuah kedai makan di tepi jalan yang kelihatan terang, seolah-olah masih beroperasi dan mempunyai beberapa pelanggan di dalamnya.Tanpa berfikir panjang, dia terus memberhentikan kereta dengan niat untuk minum air dan menyegarkan badan.Berhati-hati ketika memandu di kawasan sunyi. -Gambar hiasan AISeperti kebiasaannya, dia tidak terus masuk ke dalam kedai, sebaliknya keluar dari kenderaan dan bersandar di tepi kereta sambil menghisap rokok menghadap ke arah jalan.Namun keadaan mula berubah apabila sebuah lori melalui kawasan itu dengan lampu tinggi yang menyilaukan, tepat ke arahnya.Dia pada mulanya menganggap pemandu lori tersebut sekadar memberi isyarat kemungkinan terdapat sekatan jalan raya di hadapan.Namun, beberapa kereta lain turut melakukan perkara sama, malah membunyikan hon berkali-kali ke arahnya seolah-olah cuba memberi amaran.Perasaan tidak sedap hati mula timbul. Dia segera menghabiskan rokok yang dihisap sebelum perlahan-lahan menjeling ke arah kedai makan tersebut dan ketika itulah jantungnya seakan terhenti.ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit tua datang hospital berteman, rupanya makhluk hodoh! 'Elok' bertenggek masa ambil darahARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Guru tular ‘serumah’ dengan pocong dikhabarkan meninggal dunia - “Dia sakit awak… tak tidur, tak makan berhari-hari”Kedai yang pada awalnya kelihatan 'ramai orang' rupa-rupanya bukan dihuni manusia.Dalam cahaya samar, dia melihat susuk-susuk aneh bertenggek di atas meja, ada yang seperti 'berbungkus', dengan makhluk rambut panjang mengurai serta mata merah merenung tepat ke arahnya tanpa berkelip.Tanpa berfikir panjang, dia terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin sebelum memecut keluar dari kawasan itu.Namun, ketika itu dia sempat merasakan keretanya menjadi berat, seolah-olah ada 'sesuatu' yang ikut bersama.Dalam keadaan panik, Aimul cuba memberanikan diri dengan menjerit di dalam kereta."Jangan kacau aku! Berambus sekarang, aku tak takut!" tempiknya, seolah-olah cuba menghalau entiti tersebut.Aimul alami detik seram selepas singgah kedai makan yang disangka masih buka.Berhenti rehat pukul 3 pagi, Aimul terkejut lihat susuk aneh dalam kedai makan di tepi jalan.Perjalanan balik ke KL bertukar ngeri apabila kedai makan yang disinggahi sebenarnya sudah lama kosong.Diberi amaran pengguna jalan, Aimul mula sedar sesuatu tidak kena sebelum melihat 'makhluk' dalam kedai.Aimul demam dua hari selepas singgah kedai makan yang rupanya berhantu sejak kes bunuh enam tahun lalu.Ringkasan ini dijana oleh AIDia langsung tidak berani menoleh ke belakang, malah cermin pandang belakang juga tidak dilihat, sebaliknya hanya fokus memandu untuk sampai ke Kuala Lumpur secepat mungkin.Kesan kejadian itu tidak berakhir di situ apabila keesokan harinya dia diserang demam sehingga terpaksa mengambil cuti sakit selama dua hari.Apa yang lebih menyeramkan, Aimul hanya mengetahui kebenaran sebenar selepas menceritakan pengalaman tersebut kepada ibunya.Kedai makan yang disinggahnya itu sebenarnya sudah lama kosong sejak enam tahun lalu selepas pemiliknya mati dibunuh dalam satu kejadian samun.Sejak tragedi itu, kedai tersebut tidak pernah dibuka, tiada bekalan elektrik dan dibiarkan tanpa berusik sehingga ke hari ini.