PEKERJA dalam sektor kesihatan pasti sudah terbiasa berdepan dengan kematian pesakit malah lali melihat sekujur tubuh sudah tidak bernyawa di hadapan mereka.Namun pengalaman seorang pegawai kesihatan ini terkena 'badi mayat' selepas menziarahi rakan sendiri di unit forensik menjadi pengalaman peribadi tidak dapat dilupakan. "Sepanjang bekerja, memang biasa tengok mayat sama ada di lokasi kejadian atau ditempat kerja."Tengok pesakit meninggal dunia depan mata pun pernah. Setiap mayat itu ada ceritanya, jadi jangan sampai terkena," ujarnya memulakan bicara.Bercerita mengenai kematian rakan baiknya itu, pemuda itu memberitahu Allahyarham menjadi mangsa bunuh dalam kejadian sekitar 11 tahun lalu.Tanpa berfikir panjang dan perasaan sedih menyelubungi diri, dia bergegas ke unit forensik untuk memberi penghormatan terakhir namun apa dilihat ketika berada di sana di luar jangkaannya.Beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum melawat jenazah. -Gambar hiasanMana tidaknya, mayat rakannya itu dijumpai selepas tiga hari meninggal dunia dan keadaan fizikal jenazah sudah berwarna hitam dan kelihatan menyeramkan."Sebelum ini saya memang tidak ada isu (berurusan) dengan mayat sebab kerja pun kadang-kadang perlu uruskan mayat. Tapi kali ini nasib saya tidak baik."Niat nak ziarah kawan baik meninggal tapi lain pula jadinya. Sebenarnya saya memang tak sangka keadaan jenazah seteruk itu."Bahagian muka arwah sudah bertukar hitam dan kelihatan menyeramkan. Saya memang terpaku dan terkejut! Tiba-tiba meremang, pandang sekilas terus saya keluar dari unit forensik," ceritanya.Imej keadaan fizikal Allahyarham menghantui dirinya malah selepas pulang ke rumah dia mula berasa tidak sedap hati dan berasa gelisah.Katanya, perasaan dirasai sukar digambarkan tetapi mula merasakan dia seolah-olah diperhatikan sesuatu.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Orang Asli mati beranak, polis urus kes ‘menyusul’ kemudian... Anak dedah bapa derita terkena badi mayatARTIKEL BERKAITAN: “Muka arwah berkerut seperti tahan sakit” - Pemuda mulut celupar terkena badi mayat, dua minggu hidup tak tenang!Malah dia langsung tidak dapat melelapkan mata selama tiga hari kerana wajah arwah kerap muncul dalam fikiran.Keadaan fizikalnya juga semakin merosot sejak peristiwa itu sehinggalah salah seorang rakan mencadangkan agar dia mendapatkan rawatan secara Islam.Pada mulanya dia tidak percaya dengan perkara tersebut, namun disebabkan keletihan akibat tidak tidur, dia memutuskan untuk berubat di sebuah pusat rawatan Islam.Selepas menjalani rawatan, dia dimaklumkan seorang perawat mengenai kemungkinan dia terkena 'badi mayat' akibat keadaan emosinya lemah ketika melihat jenazah."Ustaz cakap mujur saya datang (rawatan) cepat. Kalau lambat, habis la. Sebab badi mayat ini susah nak buang. Saya pula lemah semangat masa tengok mayat tu.Pegawai kesihatan dakwa kena 'badi mayat' selepas ziarah jenazah rakan di forensik.Terkejut lihat keadaan jenazah, walaupun biasa berdepan kematian.Alami gangguan hingga tidak dapat tidur tiga hari.Dapatkan rawatan selepas dinasihat rakan sekerja.Kini amalkan langkah berjaga-jaga elak kejadian berulang.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jadi 'benda' (makhluk halus) terus 'masuk' dekat saya. Saya tak nak tahu secara terperinci benda apa ustaz maksudkan namun bersyukur sebab sudah tiada apa-apa dekat saya."Ustaz pesan, kalau sekali terkena... walaupun sudah berubat, kesan dan 'tapak' tetap ada dalam badan. Kena jaga-jaga," katanya lagi.Sementara itu, pemuda itu memberitahu disebabkan kejadian itu dia banyak menerima pesanan sebagai langkah berjaga-jaga khususnya apabila melibatkan kematian.Antaranya mengelak terus menatap wajah si mati sebaliknya lihat dari bahagian kaki terlebih dahulu.Selain itu, dia juga disarankan membaca doa serta ayat pelindung diri sebelum memasuki tempat jenazah diletakkan atau ketika menziarahi orang meninggal dunia.Mengakhiri perkongsian, dia mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan perkara tersebut dan segera mendapatkan bantuan sekiranya mengalami keadaan luar biasa.