suria

Wanita Orang Asli mati beranak, polis urus kes ‘menyusul’ kemudian... Anak dedah bapa derita terkena badi mayat

Menjadi sebahagian tugas anggota polis untuk menguruskan kes yang melibatkan kematian. -Gambar hiasan

BAGI individu yang lemah semangat, melihat mayat yang terbujur kaku boleh mencetuskan ketakutan pada diri mereka.

Namun, situasi itu sudah menjadi lumrah buat mereka yang bekerja dalam bidang kepolisan dan perubatan.

Di TikTok, seorang individu turut berkongsi kisah mengenai arwah bapanya yang terkena badi mayat.

Menurut individu itu, bapanya merupakan seorang anggota polis berpangkat sarjan.

Security personnels standing guard at the Kajang Hospital mortuary where victims killed in a  fire in Sungai Long was brought to, Wednesday, December 13, 2017. RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

Mereka yang lemah semangat biasanya takut untuk mendekati rumah mayat. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, kesihatan bapanya mula merosot selepas menguruskan kes kematian sepasang ibu dan anak.

"Arwah abah saya meninggal, antara puncanya badi mayat. Arwah bekas anggota polis. Terkena badi mayat semasa proses post mortem.

"Cuma khilaf arwah abah saya sebab dia tak mandi terus lepas balik post mortem tu. Dia terus kerja je sampai subuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak bersih diri selepas urus kes accident, rumah sewa polis diganggu pocong muka hancur - “Sama macam mayat kemalangan”

"Kes Orang Asli mati beranak. Anak dia lekat uri, bidan kampung rentap anak dia. Mak dengan anak mati sekali. Itu apa yang arwah abah saya cerita la," ujarnya memulakan cerita.

Selepas menguruskan kes itu, dia berkata bapanya mula mengalami gangguan pelik.

Gangguan yang berlaku bukan sahaja melibatkan bau busuk, malah ia turut menjejaskan fizikal bapanya.

"Dan lepas daripada tu ada la kes-kes pelik jadi dekat arwah abah saya. Arwah abah saya memang ada sakit tapi masih hidup macam biasa.

Police have placed road cones leading towards the North Korean Embassy in Jalan Batai on Saturday night. Embassy officials are believed to be vacating the premises following its government's recent decision to cut diplomatic ties with Malaysia.

Bertugas lewat malam sehingga awal pagi merupakan satu kebiasaan buat anggota polis. -Gambar hiasan

"Macam-macam arwah abah saya hadap. Panjang cerita. Yang saya ingat, arwah cerita tekak dia terbau darah mayat. Bahu berat macam ada benda duduk. Malam mimpi mayat tu.

"Bermula dengan badi mayat. Lepas tu melarat dengan benda-benda lain pula. Dah banyak kali kena badi mayat, tapi yang masa tu melarat pula dengan benda lain," ceritanya lagi.

Menurut laman sesawang taqwa.my, terdapat beberapa adab menziarahi jenazah yang digariskan dalam agama Islam, antaranya:

1. Berdoa agar jenazah mendapat keampunan Allah.

2. Menunaikan solat jenazah.

3. Menolong keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian.

4. Mengucapkan takziah kepada keluarga jenazah.

5. Menasihati keluarga jenazah supaya bersabar.

6. Memakai pakaian sopan dan menutup aurat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain