suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Intan Najuwa teruja bakal timang ‘baby girl’ kedua... “Good luck daddy”

Intan (kanan) teruja bakal menyambut bayi perempuan kedua.

PELAKON Datin Intan Najuwa tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila bakal menimang cahaya mata perempuan kedua tidak lama lagi.

Malah, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata dia dapat merasakan dirinya ditakdirkan untuk menjadi ibu kepada anak perempuan kerana amat menyukai aksesori comel untuk bayi.

“Saya rasa saya memang dilahirkan untuk jadi ibu kepada anak perempuan. 

Intan tidak sabar mahu membeli barangan dan menghias bilik anak kedua.

Intan tidak sabar mahu membeli barangan dan menghias bilik anak kedua. 

“Seorang lagi puteri kecil bakal menyertai keluarga kami, dan hati saya rasa bahagia sangat.

“Saya memang sentiasa sukakan segala-galanya tentang bayi perempuan termasuk barang-barang kecil yang comel, warna merah jambu, riben, gaun, dan setiap perincian kecil itu… dan sekarang saya dapat merasainya sekali lagi,” katanya. 

Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa hamil anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa terima nasihat pakar sakit puan, tiada masalah hamil anak kedua… Sudah pulih selepas bersalin secara pembedahan

Dalam pada itu, Intan turut berseloroh mengenai suaminya, usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman yang bakal dikelilingi tiga wanita di rumah mereka nanti.

Malah, Intan juga tidak sabar mahu melihat anak sulung mereka, Lunara membesar sebagai seorang kakak yang penyayang.

“Semoga berjaya, Daddy (suami). Seorang lagi anak perempuan bakal hadir dalam keluarga.

“Tarikh jangka lahir bayi ini pula jatuh dalam zodiak Leo, sama macam Mommy (Intan). 

“Seorang adik perempuan untuk Lunara dan sejujurnya saya tak sabar nak menghias bilik kecilnya, membeli lebih banyak barang bayi perempuan, dan melihat Lunara menjadi kakak yang paling penyayang,” ujarnya. 

Lunara (kanan) bakal menjadi kakak tidak lama lagi.

Lunara (kanan) bakal menjadi kakak tidak lama lagi. 

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Azraf Azman pada Ogos 2023. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara yang kini berusia dua tahun. 

Pada Februari lalu, Intan berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak kedua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain