Lisa (kiri) terpaksa berjauhan dengan Yusry buat sementara manakala Ezad dan Tomok bertemu di Makkah.
BERPELUANG menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan rukun Islam kelima adalah rezeki yang amat istimewa dan diimpikan setiap Muslim tanpa mengira status.Bagi musim haji tahun 1447 Hijrah, beberapa selebriti tempatan turut menerima panggilan ke Tanah Suci Makkah sekali gus menjadikan tahun ini lebih bermakna dalam perjalanan hidup mereka. Ada yang berangkat bersama pasangan tercinta, malah ada juga yang terpaksa menunaikan ibadah haji bersendirian.Jom kita semak antara selebriti yang berpeluang mengerjakan ibadah haji bagi tahun ini. Lisa pergi bersendirian tanpa suami di sisi.Lisa SurihaniPelakon Datin Lisa Surihani antara selebriti terawal yang mengumumkan pemergiannya ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.Lisa atau nama penuhnya Lisa Surihani Mohamed, 40, berangkat ke Makkah pada 7 Mei lalu.Dia bagaimanapun menunaikan ibadah itu bersendirian tanpa ditemani suami, Datuk Yusry Abdul Halim.ARTIKEL BERKAITAN: Yusry gagal rayuan haji, Lisa Surihani percaya ada hikmah... “Mungkin abang lebih diperlukan untuk jaga anak-anak”ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup hanya panggilan telefon, Yusry kekok bila berjauhan dengan isteri... “Itu juga menyakitkan sebab Lisa tiada di sini”Menurut Lisa, suaminya tidak berjaya dalam sesi rayuan untuk menunaikan haji pada tahun ini, namun dia percaya Yusry lebih diperlukan untuk menguruskan keluarga serta anak-anak sepanjang ketiadaannya di tanah air.TomokTahun ini rezeki Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 41, menunaikan ibadah haji.Lebih istimewa apabila isteri tercinta iaitu Rahayu Abas turut dipilih ke Tanah Suci pada 8 Mei lalu.Menerusi satu hantaran di Instagram, Tomok berkongsi momen mereka berdua ketika mengikuti kursus haji sebagai persediaan sebelum berlepas ke Tanah Suci.Rezeki Tomok dan isteri tunai haji bersama.Sementara itu, isterinya turut berdoa agar urusannya bersama suami dipermudahkan."Alhamdulillah, dijemput menjadi tetamu Allah bersama suami. Tiada yang lebih kami harapkan selain doa agar perjalanan ini dipenuhi keberkatan dan rahmat-Nya," tulis isterinya.Ezad LazimSeperti bulan jatuh ke riba, rayuan penyanyi yang juga vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya, Zean Ramli tahun ini diluluskan.Rayuan Ezad untuk menemani isteri diterima.Menurut Ezad, isterinya terlebih dahulu menerima tawaran menunaikan haji sebelum dia membuat rayuan untuk turut sama berangkat sebagai mahram.Malah, Ezad sebelum ini juga dikatakan memperlahankan aktiviti seni bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap persediaan ibadah di Tanah Suci.Setiba di Tanah Suci Makkah, Ezad sempat bertemu Tomok dan meluangkan masa bersama.Wan Khatijah dan suami sempat memohon maaf sebelum berangkat. Wan KhatijahBekas pelakon Wan Khatijah bersama suaminya, bekas pemain bola sepak kebangsaan Azlisham Ibrahim, turut menjadi antara insan bertuah yang dijemput ke Tanah Suci tahun ini.Berita pemergian mereka dikongsikan menerusi Instagram berserta permohonan maaf kepada orang ramai agar segala urusan dipermudahkan sepanjang berada di sana.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!