PESANAN orang tua sering dianggap sekadar petua lama yang mungkin sudah lapuk dan tidak relevan pada masa ini.Namun bagi seorang wanita, pengalaman yang dilaluinya ketika hamil mengubah persepsi tersebut buat selama-lamanya. Ketika kandungan mencecah usia empat bulan, ibu hamil dikenali sebagai Qalisha mengakui dia mengalami keinginan luar biasa terhadap buah mangga telur.Kebetulan pada ketika itu, di belakang rumahnya terdapat pokok mangga yang menjulur keluar pagar dan berbuah lebat.Dia beranggapan pokok tersebut tidak bertuan sebelum bertindak memetik dan memakan buah berkenaan tanpa berfikir panjang.Namun pada malam yang sama, dia mula mengalami sakit perut yang teruk dan berpanjangan, sekali gus menjadi permulaan kepada kejadian-kejadian aneh yang sukar diterima akal.Qalisha mendakwa dia kerap mengalami gangguan ketika tidur, termasuk situasi seakan ditindih sesuatu dalam keadaan separuh sedar.Dia juga pernah bermimpi berada di sebuah bilik bersalin yang sunyi dan dingin tanpa kehadiran petugas kesihatan sebelum muncul satu entiti hitam tanpa wajah yang menghampirinya.Wanita hamil perlu berhati-hati ketika makan sesuatu yang meragukan. -Gambar hiasanGangguan tersebut berlanjutan dan semakin serius sehingga turut disedari suaminya, yang pernah terjaga pada waktu malam.Suaminya melihat Qalisha duduk tegak di atas katil sambil merenung tajam dengan mata kemerahan serta ekspresi wajah yang menakutkan, walaupun wanita itu sendiri tidak mengingati kejadian berkenaan.Sepanjang tempoh tersebut, dia turut mengalami pelbagai simptom pelik termasuk rasa tidak selesa pada bahagian perut serta gangguan emosi menjadikan keadaannya semakin membimbangkan dari hari ke hari.Menjelang hari bersalin, Qalisha sekali lagi berdepan detik mencemaskan apabila mengalami kesakitan luar biasa pada waktu malam.Dalam keadaan lemah dia mendakwa seolah-olah berada di dalam sebuah bilik tertutup yang dipenuhi kain berwarna kuning dengan kehadiran satu lembaga berambut panjang di satu sudut ruang.Tidak lama kemudian, Qalisha dilaporkan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital, dan pemeriksaan lanjut mendapati bayi dalam kandungannya meninggal dunia dalam keadaan yang tidak sempurna.Kehilangan anak dalam kandungannya ini sekali gus meninggalkan kesan trauma mendalam kepadanya serta keluarga.Selepas melalui tempoh yang panjang untuk pulih daripada tragedi tersebut, Qalisha dikhabarkan kembali hamil setahun kemudian.Pengalaman lalu menjadikannya lebih berhati-hati terutama dalam menjaga pemakanan serta mengelakkan perkara yang meragukan.