BEKERJA sehingga lewat malam bukanlah sesuatu yang asing bagi individu bergelar pengamal undang-undang kerana mereka perlu membuat persediaan rapi sebelum perbicaraan di mahkamah.Tambahan pula mereka mempunyai banyak kes perlu dikendalikan dalam tempoh masa tertentu. Berkongsi pengalaman tersebut, seorang peguam yang sering mengendalikan kes jenayah menceritakan situasi pernah dihadapi ketika menyemak satu fail insiden pembunuhan sebelum menghadiri perbicaraan di mahkamah.Mengimbau kembali kejadian, ujarnya, pada masa tersebut dia yang masih berstatus peguam junior berada bersendirian di pejabat seperti kebiasaannya kerana perlu 'menghadam' fail kes.Namun, malam tersebut bertukar menjadi detik paling menyeramkan sehingga masih menghantui fikirannya meskipun sudah bertahun-tahun berlalu."Masa tu saya sedang meneliti semula keseluruhan kronologi serta gambar forensik bagi satu kes rayuan bunuh yang akan dibicarakan pada keesokan harinya.Pengawal keselamatan boleh membantu melihat semula rakaman CCTV semasa insiden berlaku. -Gambar hiasan AI"Sekitar pukul 8.30 malam, saya kemas barang untuk pulang selepas selesai membuat semakan sebelum sempat berbual dengan seorang wanita yang menaiki lif bersama," ujarnya di Threads.Apa mengejutkan, ujarnya, wanita tersebut sempat bertanya mengenai kes sedang dikendalikan sebelum berpesan supaya dia memberi tumpuan kepada garis masa (timeline) kejadian dan memastikan kes itu dikendalikan sebaik mungkin kerana mungkin melibatkan penganiayaan."Sebelum keluar lif dia sempat pesan supaya saya berhati-hati ketika menuju ke parkir. "Lepas dia keluar, saya terbau haruman bunga, kemudian tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dari kawasan parkir hingga saya terus naik semula ke pejabat kerana ketakutan," imbaunya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: CCTV kesan entiti misteri waktu malam, tuan rumah sempat mengadu kepada rakan sebelum meninggal dalam tidurSetibanya di rumah, dia menyambung semula semakan fail kes sebelum menyedari wajah mangsa pembunuhan dalam gambar forensik kelihatan sama seperti wanita ditemuinya di dalam lif beberapa jam sebelum itu.Dia mula diselubungi perasaan seram mengambil keputusan untuk 'menyiasat' insiden yang berlaku di dalam lif berkenaan.Susulan itu, keesokan harinya dia kembali ke pejabat dan bertanyakan pengawal keselamatan mengenai wanita berkenaan.Rakaman CCTV memaparkan situasi yang berlaku ketika itu. -Gambar hiasan AINamun dia sekali lagi dikejutkan dengan jawapan yang diterima.Mengakui sukar menerima kenyataan tersebut, selaku pengamal undang-undang, dia meluahkan hasrat untuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada masa berkenaan."Saya dengan yakinnya berlawan dengan pengawal keselamatan tu dan cakap turun sampai level LG bersama seorang wanita yang naik dari tingkat 5."Pakcik tu cakap yang dia dah kunci semua aras melainkan aras saya dan tingkat 2 sebab pihak pengurusan ada mesyuarat ketika itu."Saya macam terkesima dan ajak pakcik tu ke bilik CCTV, semasa periksa pada waktu yang disebutkan memang nampak saya sendirian dalam lif dan seolah-olah sedang bercakap," jelasnya lagi.Menyedari situasi tersebut, pengawal keselematan memintanya membersihkan wajah selain menyatakan insiden seperti itu sering dilaporkan berlaku.Tambahnya, keadaan menjadi semakin menyeramkan apabila dia sekali lagi melihat bayangan wanita sama di cermin tandas pejabat sebelum terjerit kecil dan terus berlari keluar dalam ketakutan.