suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita meremang lelaki separuh abad muncul waktu senja, cermin antik bertutup kain baldu tiba-tiba ‘bersuara’ - “Maafkan aku”

Cermin antik sering dikaitkan dengan unsur mistik. -Gambar hiasan AI

MEMILIKI sebuah banglo mewah di tengah bandar pada harga jauh lebih rendah daripada nilai pasaran pasti dianggap rezeki sukar dilepaskan.

Namun bagi Amira Hanim, kegembiraan itu bertukar menjadi pengalaman menggerikan apabila rumah idamannya itu tersimpan satu misteri yang akhirnya membongkar rahsia keluarga sendiri.

Berkongsi cerita, ujar wanita awal 40-an ini, dia membeli sebuah banglo dua tingkat di kawasan elit selepas hartanah itu dilelong pada harga sekitar RM680,000 sedangkan nilai pasarannya dianggarkan melebihi RM2 juta.

Menurutnya, rumah itu masih lengkap dengan pelbagai perabot mewah termasuk set sofa kulit, meja makan kayu jati, lampu kristal dan kabinet antik kerana waris pemilik terdahulu dikatakan enggan mengambil apa-apa barangan selepas kematian penghuni asal.

"Rumah itu cantik, cuma agak berbau hapak kerana lama tidak berpenghuni. Saya habiskan sehari mengemas sebelum bermalam di situ.

"Tetapi saya hairan apabila melihat sebuah cermin antik yang sangat besar di ruang tamu ditutup menggunakan kain baldu hitam," katanya.

Pada mulanya dia menganggap kain tersebut sengaja diletakkan bagi mengelakkan habuk.

Namun selepas membukanya, dia mendakwa sering melihat satu bayangan gelap berdiri di belakangnya setiap kali memandang ke arah cermin itu.

Memiliki kediaman mewah merupakan impian kebanyakan individu. -Gambar hiasan AI

Memiliki kediaman mewah merupakan impian kebanyakan individu. -Gambar hiasan AI

Apabila dia berpaling, tiada sesiapa berada di situ.

Gangguan itu semakin kerap berlaku apabila bayangan sama mula muncul setiap kali menjelang waktu senja, bukan sahaja pada cermin, malah pada pantulan pintu kaca dan tingkap rumah.

Lebih menghairankan, setiap kali dia cuba merakam kejadian menggunakan telefon bimbit, rakaman tersebut langsung tidak menunjukkan kelibat dilihatnya.

Perasaan gerun dan seram mula menyelubungi diri Amira apabila seorang rakannya yang datang berkunjung turut mendakwa melihat bayangan sama sebelum bertindak meninggalkan rumah itu dalam keadaan ketakutan.

Memasuki minggu kedua, dia yang bekerja sebagai pereka dalaman mendakwa bayangan tersebut semakin jelas sehingga menyerupai seorang lelaki pertengahan usia yang sekadar berdiri memandangnya tanpa mengeluarkan sebarang kata.

"Suatu malam saya terdengar seperti ada suara berbisik memanggil nama saya. Apabila saya pandang semula ke arah cermin, bayangan itu mengangkat tangannya perlahan-lahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Suapan pertama terus nampak dia berbaju Jawa” - Hidup jurutera kilang musnah, jadi separuh gila ‘dikangkang’ wanita seberang

"Ketika itulah muncul tulisan pada permukaan cermin... 'maafkan aku'," dakwanya.

Curiga dengan kejadian itu, dia mula mendapatkan maklumat mengenai sejarah rumah berkenaan.

Hasil semakan dokumen pembelian, dia mendapati nama pemilik asal mempunyai kaitan dengan arwah datuknya sendiri.

Susulan itu, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada ibunya selepas menceritakan setiap kejadian yang berlaku.

Tambahnya, selepas diasak berkali-kali, ibunya mengakui bahawa datuknya pernah membeli banglo berkenaan secara rahsia untuk dijadikan tempat tinggal selepas berlaku konflik rumah tangga bertahun-tahun dahulu.

Lebih mengejutkan apabila ibunya turut mendedahkan bahawa datuknya meninggal dunia seorang diri di kediaman tersebut.

Bacaan Yassin dapat membantu menghilangkan gangguan makhluk halus. -Gambar hiasan AI

Bacaan Yassin dapat membantu menghilangkan gangguan makhluk halus. -Gambar hiasan AI

Namun keluarga merahsiakan perkara itu kerana enggan membuka semula kisah lama.

Pendedahan tersebut membuatkan dia terkesima dan kecewa kerana mengetahui kisah sedih datuknya yang dibiarkan hidup berkelana sendirian sehingga akhir hayat.

Malam berikutnya, dia mengambil keputusan membaca surah Yasin dan menghadiahkan doa buat arwah datuknya di hadapan cermin berkenaan.

Tanpa didugga, bayangan gelap yang sering muncul sebelum itu perlahan-lahan berubah menjadi semakin samar sebelum hilang sepenuhnya.

Keesokan harinya, ketika kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan, kontraktor menemui sebuah peti besi kecil yang disorok di sebalik panel dinding berhampiran cermin antik tersebut.

Di dalamnya terdapat sekeping surat tulisan tangan, beberapa keping gambar lama serta dokumen simpanan yang ditinggalkan arwah datuknya.

Surat itu mengandungi permohonan maaf dan harapan agar keluarganya suatu hari nanti dapat memaafkan segala kesilapan yang pernah dilakukan.

Artikel Lain