suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat lalat hitam biasa masuk bilik... Selepas bergurau nak bunuh, rumah tangga pasangan ini mula berantakan!

Bunyi dentuman di atas siling membuatkan sesiapa sahaja takut. -Gambar hiasan AI

SUASANA rumah yang sepatutnya menjadi tempat paling selesa untuk berehat boleh bertukar menyeramkan apabila satu demi satu kejadian ganjil mula berlaku secara tiba-tiba.

Lebih menggerunkan, gangguan yang berlarutan selama berminggu-minggu itu bukan sekadar 'mengusik' ketenteraman kediaman, malah turut meretakkan hubungan suami isteri yang dahulunya cukup harmoni.

Itulah pengalaman ngeri yang diceritakan Naziera Sumayyah yang mendakwa kehidupannya bersama suami, Roslan Malik berubah sepenuhnya selepas kemunculan seekor lalat aneh ketika mereka berada di rumah mereka dekat Kota Warisan, Selangor.

Berkongsi cerita, wanita berusia 30 tahun itu memberitahu bahawa segalanya bermula pada Mac lalu selepas suaminya mendapati seekor lalat hitam bersaiz luar biasa muncul di dalam bilik tidur mereka.

Apa yang menghairankan, lalat berkenaan tidak hinggap pada makanan atau lampu, sebaliknya asyik berpusing-pusing di ruang atas katil sambil mengeluarkan bunyi dengungan cukup kuat sehingga membuatkan bulu roma mereka meremang.

Melakukan aktiviti bersama dapat mengeratkan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan AI

Melakukan aktiviti bersama dapat mengeratkan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, situasi pelik tersebut mendorong si suami cuba menceriakan suasana dengan berseloroh dengan berkata... karang aku bunuh.

Namun belum sempat dia bangun menghalau serangga itu, tiba-tiba kedengaran satu dentuman yang amat kuat dari atas bumbung rumahnya.

Bunyi itu seolah-olah datang tepat dari atas siling bilik, di bahagian atas katil mereka sehingga kedua-duanya terus kaku.

Keadaan yang berlaku itu membuatkan mereka saling berpandangan tanpa berani bersuara, suasana ketika itu diselubungi kesunyian.

Apa yang menghairankan, lalat tadi lenyap begitu sahaja.

Roslan segera menghubungi ibunya sebelum abang serta kakak iparnya datang memeriksa seluruh rumah, namun tiada sebarang kesan benda jatuh mahupun haiwan dijumpai di bahagian siling.

Hal itu menyebabkan pasangan suami isteri berkenaan menyangka kejadian aneh tersebut telah berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Umpama rezeki terpijak, pembeli flat lelong jumpa kalung emas berloket zamrud! Ingat bertuah, rupanya ada ‘penghuni’ cari tuan baharu

Namun, tanpa diduga, itulah permulaan kepada episod yang jauh lebih menakutkan dan mengundang sengsara pada keluarga kecil mereka.

Menurut kerani di sebuah agensi tempatan itu, dalam tempoh hampir sebulan selepas kejadian tersebut, rumahnya tiba-tiba berubah menjadi suram dan menggerunkan meskipun lampu dipasang di segenap ruang.

Bukan itu sahaja, mereka mula bertengkar saban hari disebabkan perkara kecil, selain kerap diganggu bunyi guli dan bau busuk menjelang tengah malam.

Malah kata Naziera, dia berasa seperti sering diperhatikan hingga emosinya sukar dikawal, manakala Roslan pula mudah berang biarpun cuma berbual isu biasa.

Kemuncak gangguan itu berlaku apabila satu malam sewaktu Roslan sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Dalam keadaan emosinya memuncak secara tiba-tiba, Naziera mencapai sebilah pisau dari dapur lalu membalingnya ke arah suaminya.

Perasaan marah mendorong seseorang bertindak di luar kawalan. -Gambar hiasan AI

Perasaan marah mendorong seseorang bertindak di luar kawalan. -Gambar hiasan AI

Namun pisau tersebut tersasar dan hanya tertusuk pada kusyen sofa.

Apa yang mengejutkan, dia terdengar satu suara garau kasar yang seolah-olah bersorak dengan insiden berlaku.

Saat itu juga dia mengakui terus tersedar daripada kemarahan yang sukar dijelaskan, sebelum menangis ketakutan selepas menyedari apa yang berlaku.

"Kami macam bukan diri sendiri. Bila fikir balik, saya sendiri tak tahu kenapa saya boleh bertindak sejauh itu.

"Memang pelik kalau tiba-tiba marah tentang rasa masakan yang sedikit masin atau kehabisan ubat gigi, tapi semasa fikrian diselubungi emosi... semuanya akan berlaku.

"Paling aneh, aku rasakan diri macam sentiasa diperhatikan dan Roslan sering merasakan terdapat kelibat di belakangnya," katanya mengimbau peristiwa hitam yang berlaku.

Rawatan perubatan Islam antara ikhtiar yang membantu menghalau gangguan mistik. -Gambar hiasan AI

Rawatan perubatan Islam antara ikhtiar yang membantu menghalau gangguan mistik. -Gambar hiasan AI

Melihat situasi yang semakin parah, kakak ipar Naziera tampil membantu selepas dimaklumkan mengenai pelbagai kejadian pelik, termasuk dentuman keras di pintu bilik tidur mereka tepat jam 3 pagi.

Mereka kemudiannya dibawa mendapatkan rawatan perubatan Islam di Batu Pahat, Johor sebagai satu ikhtiar selepas pelbagai usaha lain dilakukan.

Naziera berkata, selepas mendapatkan rawatan dan memperbanyakkan amalan kerohanian, keadaan rumah serta hubungan dia dan suami beransur-ansur kembali tenang.

Walaupun begitu, bunyi dentuman pada malam kemunculan lalat tersebut masih menjadi peristiwa yang tidak pernah dapat dilupakan sehingga hari ini.

Malah mereka juga tidak mengetahui punca berlakunya perkara tersebut dan segala gangguan yang dialami.

Hanya satu perkara yang dinyatakan oleh perawat, iaitu wujud individu yang dengki dengan kebahagiaan mereka hingga mahukan salah seorang daripada mereka meninggal dunia, sambil menasihati mereka agar terus bersabar dan beramal.

Artikel Lain