HOSPITAL sememangnya tempat yang sinonim dengan suasana sunyi, terutama pada waktu malam ketika kebanyakan pesakit sudah lena di katil masing-masing.Malah, ramai mendakwa pernah mengalami pengalaman pelik seperti terdengar suara misteri, melihat kelibat aneh sehinggalah berdepan perkara sukar dijelaskan. Bagi sesetengah orang, perkara seperti itu mungkin sekadar cerita dari mulut ke mulut, tetapi pengalaman dilalui Zainal (bukan nama sebenar) membuatkan dia percaya bahawa hospital menyimpan sisi gelap yang sukar untuk dirungkai dengan akal waras.Sekitar penghujung tahun lalu, Zainal dimasukkan ke sebuah wad hospital selepas mengalami demam yang agak teruk.Sebaik sahaja sampai di wad sekitar pukul 3 petang, Zainal terus berbaring kerana badannya terlalu letih dan langsung tidak sempat bertegur sapa dengan pesakit katil sebelah.Suasana dalam wad sememangnya menyeramkan, terutamanya pada waktu malam. -Gambar hiasan AIMalam itu, barulah Zainal mula sedar bahawa katil di sebelahnya dihuni seorang pakcik tua yang kelihatan kurus dan pucat.“Dah lama masuk wad?” tegur Zainal perlahan untuk memulakan perbualan antara mereka.Pakcik itu hanya tersenyum kepada Zainal, namun dia tidak menjawab soalan yang diajukan.Sekitar pukul 12.30 malam, warga emas itu memanggil Zainal dan memintanya untuk melihat ke arah dinding hujung wad berkenaan.“Kamu nampak tak?” tanya warga emas itu.“Nampak apa pakcik?” soal pemuda itu sambil mengangkat kepala.Ramai yang mendakwa pernah berdepan pengalaman pelik ketika dimasukkan ke wad. -Gambar hiasan AIPakcik itu memberitahu Zainal mengenai kehadiran makhluk berwajah hodoh yang berambut panjang.Zainal terus terdiam dan cuba melihat ke arah yang ditunjukkan, tetapi dia tidak melihat apa-apa selain dinding putih dan beberapa katil kosong.Malam itu, Zainal tidur berbungkus di dalam selimut dan mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci al-Quran.Namun, Zainal cuba bersangka baik dan beranggapan warga emas itu sudah nyanyuk dan bercakap merapu kerana sudah lanjut usia.Keesokan paginya, Zainal terjaga, namun mendapati katil di sebelahnya sudah dikemas seperti tidak pernah digunakan.ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat ‘penari Siam’ muncul selepas bidan kampung suruh simpan limau, akar sintok... Rupanya saka penaik seri wajahARTIKEL BERKAITAN: Cubaan tengok ‘sunrise’ jadi igauan buruk! Tiga peserta ‘hiking’ malam bertukar karakter, hilang kawalan diriTidak lama kemudian, seorang jururawat datang membawa ubat dan Zainal terus bertanya tentang keberadaan warga emas berkenaan.“Nurse, pakcik sebelah saya dah keluar wad ke?”“Katil sebelah tu memang kosong dari semalam encik,” jawab jururawat itu.Wajah Zainal terus berubah pucat dan dia memandang semula ke arah katil tersebut sambil teringat lelaki tua yang bercakap dengannya malam tadi.Tanpa membuang masa, Zainal meminta untuk dipindahkan ke katil lain kerana dia sudah terlalu takut untuk terus berada di situ.Jururawat itu akhirnya menguruskan pertukaran katil sambil berkata, “Jangan terlalu fikirkan sangat, benda macam ni kadang-kadang boleh berlaku bila badan kita tengah lemah.”Zainal bersyukur dia dibenarkan discaj keesokan harinya, namun kejadian tersebut meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya sehinggalah ke hari ini.