Pengalaman mistik ketika mendaki sering menjadi antara kisah yang sukar dilupakan oleh sesetengah pendaki. -Gambar hiasan AI
AKTIVITI mendaki atau hiking sememangnya menjadi kegemaran ramai pencinta alam semula jadi yang mahu menguji ketahanan fizikal selain menikmati pemandangan indah.Namun, di sebalik keseronokan menakluk puncak, aktiviti di dalam hutan tidak pernah sunyi daripada kisah mistik yang meremangkan bulu roma, khususnya apabila dilakukan pada waktu malam. Bagi seorang wanita, pengalaman menyertai hiking malam di Bukit Berekeh, Sungai Siput, Perak meninggalkan pengalaman yang membuatkan dia serik untuk mengulangi aktiviti berkenaan.Berkongsi cerita, wanita berkenaan mendakwa dia bersama dua lagi peserta lain dirasuk ketika baharu memulakan pendakian, berhampiran sebuah perkampungan Orang Asli.Menurutnya, dia hanya mampu meneruskan pendakian sejauh kira-kira tiga kilometer sebelum akhirnya terpaksa berpatah balik. "Tepat dekat kampung Orang Asli ni, tiga orang kena rasuk termasuk saya yang tiba-tiba gelak mengilai. Kami masing-masing kena cara berlainan. Seorang diam, seorang ketawa dan seorang menangis," kongsinya.Kebanyakan individu melakukan aktiviti hiking kerana ingin menyaksikan keindahan alam. -Gambar hiasan AIMenurutnya, peserta yang menangis secara tiba-tiba mendakwa terlihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.Sementara itu, seorang lagi peserta yang hanya berdiam diri turut mendakwa melihat beberapa makhluk berbulu berwarna hitam yang seolah-olah mengekori mereka sehingga ke bawah ketika mula turun dari kawasan pendakian.Bercerita mengenai apa yang berlaku kepadanya pula, wanita itu berkata dia menyedari mula 'dipengaruhi' sesuatu dan terus berlari mendapatkan sweeper sebelum keadaan menjadi lebih teruk."Saya rasa 'ia' masuk dalam badan tapi masa masuk tu saya tak nampak dia pun."Sebelum 'ia' rasuk sepenuhnya, saya tahu saya kena lari dan cari sweeper. Mujur sweeper tak jauh dan mereka pun ada ilmu serta siap bawa minyak kasturi kijang," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Penerbangan dari Tawau ke KL dikacau 2 lembaga hitam! Pramugari pengsan, 12 penumpang saksi kejadian menjerit ketakutanMenurut wanita itu, keadaan kembali normal selepas seorang sweeper membantu mengendalikan situasi berkenaan dengan membaca ayat ruqyah."Masa turun saya dah okay sebab sweeper ruqyah dan deal dengan 'benda' tu."Kalau kami turun, ia keluar daripada badan dan ia cakap 10 langkah kami turun, ia keluar. Jadi lepas 10 langkah saya dah jadi normal,” jelasnya.Selain persediaan fizikal, pendaki disaran menjaga adab dan menghormati kawasan hutan sepanjang berada di dalamnya. -Gambar hiasanTambah wanita berkenaan, itulah pengalaman pertamanya menyertai aktiviti mendaki pada waktu malam kerana teringin menyaksikan keindahan mentari pada waktu pagi.Ujarnya, dia menyertai pendakian tersebut seorang diri dan tidak mengenali kebanyakan ahli kumpulan berkenaan."Saya tak gelak-gelak sebab saya datang sendiri, peserta lain dalam team hiking tu pun saya tak kenal satu sama lain. Nak gelak sakan tu mustahil."Peserta lebih 100 orang. Saya ikut trip hiking, tentatifnya bermula malam. Saya tak pernah hiking malam, jadi nak cuba sebab nak tengok sunrise. Saya serik dah. Itulah yang pertama dan terakhir," katanya.Wanita itu bagaimanapun mengakui pengalaman tersebut menjadi satu peringatan besar buat dirinya."Pengajaran daripada kisah ini, kalau period atau badan lemah, janganlah masuk hutan," akhirinya.