SEBAGAI pelakon berpengalaman, Zul Ariffin mengakui perasaan tidak berpuas hati terhadap hasil lakonan sendiri sudah menjadi perkara lumrah bagi anak seni.Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 39, berkata perasaan itu mendorong pelakon untuk sentiasa memberikan persembahan terbaik setiap kali berada di lokasi penggambaran. “Saya tak tahulah, saya bukan nak mewakili semua pelakon di dunia ini. Tapi, tak ada pelakon yang selesai berlakon akan balik dan cakap, ‘Fuh, gempak siut aku buat!’ Tak ada!Zul sentiasa mahu berikan lakonan terbaik.“Ada babak yang saya berlakon bersungguh-sungguh, tetapi akhirnya tak digunakan. Apabila tengok tayangan perdana, saya tertanya-tanya kenapa babak itu tak digunakan,” katanya.Tambah Zul, pelakon perlu mengetepikan rasa kurang yakin sebaik sahaja pengarah memberikan arahan untuk memulakan babak.“Kalau tak ada perasaan itu, kita tak boleh menjadi pelakon. Kita perlu menggambarkan pelbagai emosi.ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tak kejar anugerah, kekal tenang nama tidak tercalon FFM35ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tak suka sikap artis ‘makan’ rakan sendiri, enggan pelakon baharu lalui pengalaman sama“Namun, apa yang kita rasa hebat belum tentu dirasakan hebat oleh orang lain,” ujarnya.Dalam pada itu, Zul berkata dia akan melihat semula hasil lakonannya menerusi monitor setiap kali pengarah menyebut ‘cut’ bagi memastikan babak berkenaan memenuhi kehendaknya.Malah, dia tidak keberatan mengulangi sesuatu babak berkali-kali sehingga berpuas hati dengan hasilnya.“Sampai sekarang, setiap kali pengarah menyebut ‘cut’, saya akan tengok monitor untuk melihat hasil lakonan sendiri. Kita buat semua itu sebab kita sudah dilatih untuk melakukannya.ZUL ARIFFINPELAKON“Kita tak mahu ada keraguan ketika berlakon. Kalau perlu, kita ulang lagi sampai puas hati. Saya sendiri pernah buat sampai 60 kali,” kongsinya.Mengulas lanjut, Zul berkata mengulangi babak sama bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila membabitkan emosi seperti ketawa.Katanya, pelakon perlu mengekalkan penghayatan dan ekspresi yang sesuai walaupun babak dirakam berulang kali dengan penggunaan lensa atau sudut kamera berbeza.“Bayangkan kalau babak ketawa perlu diulang sampai 60 kali. Boleh bingung kepala dibuatnya!Zul rela lakukan babak lakonan berulang kali demi kepuasan diri.“Jangan ingat mudah nak ketawa berulang kali. Tapi, kita buat semua itu sebab kita sudah dilatih untuk melakukannya,” jelasnya.Zul turut mengakui perasaan gementar boleh timbul menjelang tayangan perdana kerana pelakon tidak mengetahui bagaimana hasil kerja mereka akan diterima penonton."Perkara itu memang di luar kawalan kita. Jadi, kita kena reda. Sebab itulah saya selalu cakap, kalau nak buat sesuatu, buatlah bersungguh-sungguh sampai habis," jelasnya.Sebelum ini, pelakon Elizabeth Tan, 32, mengakui kecewa dengan lakonannya dalam filem Pemuja Syaitan yang dianggap tidak mencapai tahap yang diharapkan.