suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasa luar biasa kendali kelas pertama di UKM, Shahrol Shiro teruja lihat komitmen pelajar

Shahrol berkongsi pengalaman bersama pelajar pada hari pertama Kursus Citra Seni Komedi.

PELAWAK Shahrol Shiro menyifatkan pengalaman mengendalikan kelas pertama, Kursus Citra Seni Komedi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sesuatu yang luar biasa apabila berpeluang berkongsi ilmu bersama pelajar.

Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 42, berkata dia teruja melihat semangat dan keterujaan pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran tersebut.

Kata Shahrol, kelas pertama itu dimulakan dengan pengenalan kepada asas komedi, termasuk bagaimana gelak tawa mampu memberikan manfaat kepada seseorang.

"Malam ini sangat luar biasa, kelas yang pertama. Mereka (pelajar) sangat bersemangat teruja. Kita banyak belajar dan buat perkongsian bersama.

Sesi pembelajaran dilakukan secara santai.

"Kita mula dahulu dengan perkara asas mengenali apa itu komedi dan bagaimana ketawa dapat memberi manfaat pada seseorang.

"Kemudian kita ke perkara utama dalam komedi adalah menguasai speaking skill atau kemahiran bertutur agar setiap yang disampaikan jelas dan punchline itu sampai," katanya. 

Shahrol berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada campur tangan politik, Shahrol Shiro jelaskan isu lantikan sebagai tenaga pengajar UKM

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau dijemput institusi itu sendiri, tak salah” - Tony Eusoff ulas Shahrol Shiro dilantik tenaga pengajar UKM

Menerusi video berkenaan, Shahrol dilihat berinteraksi dengan pelajar dalam suasana pembelajaran santai yang disulami gelak ketawa.

Pelawak berkenaan turut merakamkan penghargaan kepada semua pelajar atas komitmen yang diberikan sepanjang sesi pertama berlangsung.

"Terima kasih atas komitmen semua dan ajar saya cara tepuk budak gen-Z hari ini.

"Jumpa di kelas kedua nanti semua," ujarnya. 

Shahrol dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar  Kursus Citra Seni Komedi di UKM.

Pada September lalu, Shahrol menjelaskan pelantikannya sebagai salah seorang tenaga pengajar Kursus Citra UKM tidak mempunyai sebarang campur tangan atau pengaruh ahli politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, tawaran tersebut diterima selepas dia terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan pihak universiti mengenai cadangan mewujudkan Kursus Citra Seni Komedi untuk mahasiswa.

Sebelum ini, Shahrol turut berkongsi mengenai pelantikannya sebagai tenaga pengajar di universiti berkenaan bagi Semester I sesi 2026/2027.

Bagaimanapun, pelantikan itu mengundang pertikaian dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat di media sosial apabila ada yang mempersoalkan kelayakannya untuk menggalas tanggungjawab berkenaan.

Artikel Lain