suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syazwan Razak akui hilang arah sejak kematian ibu, beri jaminan sambung jaga bapa

Syazwan (kiri) begitu terkesan selepas kehilangan ibu tercinta.

PEMERGIAN ibu tercinta, Rohaya Sulaiman membuatkan pelakon Syazwan Razak berasa hilang arah apabila menyedari insan yang menjadi sumber kekuatannya selama ini sudah pergi buat selamanya.

Syazwan atau Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak, 27, berkata dia merasai kekosongan itu, selain mengakui kehilangan tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Katanya, dia sentiasa ingat pesanan arwah ibu yang mahu mereka tiga beradik menjadi lelaki yang kuat, namun tidak menafikan ada kalanya kekuatan itu datang daripada kehadiran ibu di sisi.

Luahan Syazwan yang dimuat naik di Instastory.

"Ibu, hari ini (Ahad) bangun rasa kosong semua perlahan. Betullah orang kata kehilangan pertama ini sangat berat, baby (panggilan Syazwan) tahu ibu tak nak anak ibu lemah sebab ibu selalu kata anak ibu tiga hero, hero kena kuat. 

"Tapi adakalanya kunci kekuatan itu ada pada ibu, sekarang ibu dah pergi bawa kekuatan itu," kata adik kepada aktor Syafiq Kyle itu. 

Syazwan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Syafiq Kyle meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Syazwan Razak muak sering dibandingkan dengan Syafiq Kyle, mahu bina nama sendiri

Dalam pada itu, pelakon drama BF Green Flag itu berjanji akan berusaha mencari kekuatan sendiri untuk meneruskan kehidupan, selain bersyukur masih mempunyai dua abang yang saling menyokong antara satu sama lain.

Syazwan turut memberi jaminan akan menjaga bapa mereka, Abdul Razak Husin dengan sebaiknya.

"Sekarang baby kena cari kekuatan itu sendiri, insya-Allah ibu, baby ada abang-abang yang bertanggungjawab antara satu sama lain. 

Syazwan berjanji akan menjaga bapanya dengan baik.

"Kami masih ada satu lagi emas yang perlu dijaga, ayah. 

"Ibu jangan risau, ayah baik-baik saja dengan kami," ujarnya. 

Pada Sabtu, Syazwan menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan pemergian ibu tercinta. 

Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan secara terperinci. 

Artikel Lain