PELAWAK Shahrol Shiro menjelaskan pelantikannya sebagai salah seorang tenaga pengajar Kursus Citra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak mempunyai sebarang campur tangan atau pengaruh ahli politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 42, berkata tawaran tersebut diterima selepas dia terlebih dahulu berbincang dengan pihak universiti mengenai cadangan mewujudkan Kursus Citra Seni Komedi untuk mahasiswa. Kata Shahrol, pertemuan bersama Profesor Dr Norinsan sebelum ini membuka ruang kepadanya untuk berkongsi idea mengenai kepelbagaian kursus Citra yang ditawarkan UKM."Ramai yang tag saya di media sosial tentang perlantikan jawatan sebagai tenaga pengajar kursus citra UKM.Shahrol sebelum ini memaklumkan tentang pelantikannya sebagai tenaga pengajar bagi Kursus Citra UKM."Cerita dia macam ni, tahun lalu saya ada jumpa dengan Prof Dr Norinsan, katanya banyak citra yang ditawarkan kepada pelajar, antaranya Citra E-Sport, Citra pengurusan masjid, Citra pengurusan jenazah, pengawalan berat badan pun ada Citra juga, sampailah Citra seni konvoi bermotosikal."Dalam perbualan tersebut saya ada cadangkan dibawah Citra seni lakon, apa kata kita wujudkan Citra seni komedi," katanya. Shahrol berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Shahrol memberitahu selepas pertemuan tersebut, dia bersama beberapa pelawak tempatan turut dijemput membuat persembahan stand-up komedi pada Malam Citra UKM.ARTIKEL BERKAITAN: Dunia komedi semakin tenat, ramai sudah mula ‘tarik handbrake’… Shahrol Shiro percaya masih boleh diselamatkanARITKEL BERKAITAN: [V] Selepas 7 tahun bawa haluan masing-masing, akhirnya Ajak dan Shahrol Shiro ‘comeback’ atas pentas sama"Selepas perjumpaan itu, saya bersama beberapa pelawak Malaysia dijemput untuk meraikan malam Citra UKM dan juga diberi penghormatan untuk membuat persembahan stand up komedi."Alhamdulillah sambutan sangat luar biasa, ini yang terjadi hari ini mereka (UKM) menawarkan saya sebagai salah seorang tenaga pengajar kursus Citra UKM."Itulah ceritanya, jadi saya mohon kepada anda semua hentikanlah spekulasi yang mengatakan lantikan saya ini adalah daripada ahli politik. Tak ada kena mengena langsung," ujarnya.Sementara itu, Shahrol tidak menafikan dirinya hanya memiliki kelayakan diploma dan berharap pengajian ijazah yang sedang dilanjutkan dapat diselesaikan pada tahun ini."Saya juga sedar saya hanya pemegang diploma, doa-doakanlah semoga degree saya habis tahun ini.Shahrol berharap orang ramai hentikan spekulasi tentang pelantikannya sebagai tenaga pengajar."Tapi bagi saya universiti membawa akademik, orang industri membawa pengalaman di lapangan."Apabila kedua-dua ini bertemu dan bersatu, insya-Allah akan membawa manfaat kepada adik-adik mahasiswa. Terima kasih," katanya. Sebelum ini, Shahrol berkongsi mengenai pelantikannya sebagai tenaga pengajar di universiti berkenaan bagi Semester I sesi 2026/2027.Bagaimanapun, pelantikan pelawak itu mengundang persoalan dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat di media sosial yang rata-rata mempersoalkan kelayakannya untuk dilantik ke jawatan tersebut.