PELAKON Azhan Rani meminta orang ramai tidak berasa bimbang kehilangan Noorkhiriah daripada media sosial kerana menyifatkan tindakan itu merupakan lumrah bagi individu yang memerlukan ruang berehat daripada dunia maya.Mengesahkan aktres berkenaan berada dalam keadaan baik, Azhan, 50, berkata tindakan Noorkhiriah itu hanyalah bersifat sementara sahaja. "Bagi saya tidak perlu risau sebab tiada masalah pun. Saya sendiri pernah tutup akaun media sosial saya dan kemudian buka akaun baharu. Ada masa-masa seseorang itu rasa rimas dan mahu berehat sekejap.Azhan berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Mengenali Khiriah, dulu pun dia pernah umum nak berhenti berlakon tetapi akhirnya berlakon balik. Emosi manusia ini ada masa berubah-ubah, lebih-lebih lagi perempuan."Jadi tengoklah nanti, mungkin tak lama lagi dia buka akaun baharu. Kita tak tahu kan? Yang paling penting kita tahu dia okay, itu sudah cukup," katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis penghargaan filem Chelot di Kuala Lumpur pada Isnin.Dalam pada itu, Azhan turut mendedahkan hubungannya dengan Noorkhiriah tidaklah seakrab seperti yang dianggap segelintir pihak. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sama saja macam orang lain tiada apa yang istimewa” - Azhan Rani kena ‘mengorat’ dengan peminat di media sosialARTIKEL BERKAITAN: Miliki pakej lengkap sebagai penghibur, Azhan Rani puji bakat HussainJelas Azhan, keakraban mereka berdua terjalin atas dasar profesionalisme kerja ketika menjayakan sesuatu projek drama."Sebenarnya kami baik apabila ada projek bersama dalam sesebuah naskhah. Bukannya setiap hari saya nak berhubung atau WhatsApp dia. Buat apa nak buat begitu kalau tiada urusan?"Lingkaran persahabatan dia ada yang lain. Cuma bila timbul isu dia tutup media sosial ini, memang ramai pihak bertanya kepada saya."Jawapan saya tetap sama, kami tidaklah serapat yang orang sangka kerana kami hanya rapat dalam konteks watak dan cerita sahaja," jelasnya.Azhan hanya rapat dengan Noorkhiriah ketika dalam drama. Mengulas lanjut, Azhan memberitahu kali terakhir dia berkomunikasi dengan Noorkhiriah adalah sewaktu mereka sama-sama membintangi drama 1000 tahun. "Kami masih ada WhatsApp bersama tenaga produksi drama 1000 Hari, jadi bila dia tukar nombor telefon baharu dan nombor lama dah tidak aktif, kami tahu daripada situ secara rawak."Sahabat-sahabat lain dalam grup itu pun ada beritahu yang Khiriah sedang menjalani penggambaran di Pahang. Jadi kita tahu dia okay dan sedang bekerja," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube