suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pernah mengadu, Shaheizy Sam puji semangat Zizie Izette selepas pemergian Bung Moktar

Sam berkongsikan keadaan terkini Zizie.

PELAKON Shaheizy Sam menyifatkan kakaknya iaitu Datin Seri Zizie Izette sebagai seorang wanita kuat dan cekal dalam mengharungi fasa sukar selepas pemergian suami, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, berkata dia amat mengagumi kecekalan yang dipamerkan Zizie kerana perlu memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak kecil tanpa menagih simpati atau keluhan.

"Keadaan dia nampak okay, dia memang seorang yang kuat. Zizie ni dari segi mental memang dia sangat kuat.

Sam berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Fizikal pun kalau tengok sekarang dia sangat cergas dan rajin pergi gimnasium bersama kawan-kawan.

"Dia juga bukan jenis yang akan mengadu atau bawa masalah bila berkumpul. Kalau dia duduk sekali dengan keluarga, dia cuma santai dan gembira sahaja," katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis penghargaan filem Chelot di Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam masa sama, Sam berkata ahli keluarga turut memainkan peranan dengan memberi suntikan semangat agar Zizie dapat bangkit daripada kesedihan lampau dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala. 

ARTIKEL BERKAITAN: 15 tahun tak bawa watak antagonis, akhirnya Shaheizy Sam jadi jahat

ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam makin nampak potensi anak bongsu, tak halang kalau jadi pelakon

"Mungkin selama ini dia ada hasrat nak berniaga tetapi keadaan dahulu membuatkan dia rasa perlu tangguhkan dulu.

"Sekarang ini memandangkan tanggungjawab terletak atas bahu sendiri, kami dorong dan beri galakan kepadanya untuk berniaga. 

"Jadi sekarang ini dia sedang berniaga biskut. Nampaknya dia pun sudah mula menunjukkan langkah untuk memulakan perniagaan," jelasnya.

Dalam pada itu, Sam menyambut baik perubahan Zizie yang kini dilihat lebih santai dan banyak berinteraksi bersama pengikut di media sosial terutamanya di aplikasi Threads.

Zizie dan Bung berkahwin pada 2009. 

"Dulu dia seorang yang sangat menjaga hal peribadi, tetapi sekarang manusia perlu berubah dan tidak boleh terlalu selesa duduk dalam keadaan lama. Baguslah dia mula terbuka berinteraksi dengan orang ramai.

"Tentang kembali berlakon pula, saya tidak pasti kerana kami tidak pernah berbual mengenai perkara itu. Dia sendiri belum terbuka mulut untuk bercakap mengenainya,” ujarnya.

Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Mokhtar pada tahun 2009 sebagai isteri kedua dan dikurniakan tiga cahaya mata selain membesarkan dua anak angkat.

Bung meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Tun Siti Hasmah meninggal dunia