PENYANYI Shila Amzah mengimbau kembali kenangan bersama Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang pernah hadir semasa pelancaran album pertamanya, Terima Kasih Guru pada 1999.Sedih menerima berita pemergian bekas Wanita Pertama Malaysia itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, menyifatkan Allahyarham memiliki sikap lemah lembut dan baik hati. Malah, dia tidak melupakan kehadiran Tun Dr Siti Hasmah ketika detik awal perjalanan kerjaya seninya sebagai penyanyi.Tun Siti Hasmah (kanan) hadir di pelancaran album pertama Shila pada 1990."Innalillahiwainnailayhirojiuun atas pemergian Almarhumah Tun Siti Hasmah Mohd Ali. "Saya masih ingat betapa lemah lembut dan baiknya hati arwah."Saya sangat bertuah kerana berpeluang menampilkan beliau dalam pelancaran album pertama saya pada tahun 1999," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah seorang tokoh wanita penyayang, lemah lembut, miliki sifat keibuan tinggi - Siti NurhalizaARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dan Syed Saddiq tangguh sidang media kahwin, terkejut berita pemergian Tun Siti Hasmah... “Kalaulah tahu itu pertemuan terakhir kita”Shila berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.Dalam pada itu, Shila turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman."Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat," ujarnya. Untuk info, Tun Hasmah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya selepas Asar.