suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bella Astillah dan Syed Saddiq tangguh sidang media kahwin, terkejut berita pemergian Tun Siti Hasmah... “Kalaulah tahu itu pertemuan terakhir kita”

Bella (kiri) sebak mengenangkan perjumpaan kali terakhir bersama Tun Siti Hasmah.

PENYANYI Bella Astillah dan tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membatalkan sidang media mengenai majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung petang Isnin.

Ini selepas negara digemparkan dengan berita pemergian isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. 

Bella, 32, berkata emosi Syed Saddiq terganggu ketika mereka berdua menerima perkhabaran itu dan tidak mampu meneruskan perancangan yang telah diatur.

Bella (kiri) dan Syed Saddiq (kanan) menerima nasihat perkahwinan daripada Tun Siti Hasmah.

Bella (kiri) dan Syed Saddiq (kanan) menerima nasihat perkahwinan daripada Tun Siti Hasmah.

"Kita sedang menjalani penggambaran, tetapi saya tahu hati dan fikirannya melayang ke tempat lain selepas mendengar berita duka mengenai pemergian Tun Hasmah pagi ini.

"Dia benar-benar tidak mampu untuk meneruskan apa yang telah dirancang selepas ini. Dia meminta agar sidang media pada sebelah petang dibatalkan.

"Allahuakbar, kami berdua masih berada dalam keadaan terkejut," tulis Bella menerusi Instastory pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah ‘starstruck‘ jumpa Tun Mahathir, terima nasihat sebelum kahwini Syed Saddiq

Sementara itu, Syed Saddiq menerusi hantaran di Instagram turut meluahkan rasa sebak mengenang kembali pertemuan terakhir mereka bersama isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

"Tiada apa-apa tentang hari itu yang terasa seperti sebuah perpisahan. Kalaulah saya tahu itu pertemuan terakhir kita, saya berharap dua jam itu akan kekal selamanya.

"Tun ketawa bersama kami, bergurau, berkongsi cerita dan memberi nasihat tentang perkahwinan, keluarga serta kehidupan.

"Beliau seorang yang sangat baik, kelakar, mesra dan penuh dengan hikmah yang hanya datang daripada cinta, pengorbanan dan pengalaman sepanjang hayat. Dan hari ini, Tun sudah tiada. Saya benar-benar masih tidak mampu menghadamnya. Hati saya hancur," luahnya.

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut menzahirkan rasa terkilan apabila hajat Allahyarham untuk hadir memeriahkan hari perkahwinannya bersama Bella tidak sempat dipenuhi.

Bagaimanapun, Syed Saddiq berjanji akan sentiasa memegang teguh segala amanat arwah dalam bahtera rumah tangga mereka kelak.

"Terima kasih kerana memberikan Bella dan saya satu kenangan terakhir yang begitu indah. Terima kasih atas setiap gelak tawa, cerita dan nasihat yang Tun tinggalkan kepada kami.

Bella dan Syed Saddiq (kanan) sebelum ini menyerahkan kad kahwin kepada Tun Siti Hasmah (kiri) dan Tun Mahathir.

Bella dan Syed Saddiq (kanan) sebelum ini menyerahkan kad kahwin kepada Tun Siti Hasmah (kiri) dan Tun Mahathir.

"Saddiq dan Bella tidak dapat memenuhi hajat Tun untuk hadir ke majlis perkahwinan kami nanti, tetapi saya berjanji nasihat Tun akan sentiasa bersama kami.

"Kami akan membawanya ke dalam perkahwinan kami, ke dalam rumah tangga kami dan insya-Allah untuk sepanjang hayat. Semoga Allah mengurniakan Tun darjat tertinggi di syurga," ujarnya. 

Untuk info, Tun Hasmah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Tun Siti Hasmah meninggal dunia