PELAKON Zul Huzaimy tidak menganggap babak tidak mengenakan baju dalam filem Bisikan Nafsu sebagai satu kesalahan kerana yakin penonton kini sudah matang dan pandai menilai tuntutan sesebuah watak.Zul atau Zul Huzaimy Marzuki, 48, berkata dia tidak bimbang sekiranya imej berkenaan menimbulkan rasa kurang senang penonton kerana masyarakat kini berfikiran lebih terbuka berbanding zaman dahulu. "Antara buka baju watak baik dengan watak jahat ini impaknya berbeza. Kalau watak orang baik di kampung sedang jahit jala buka baju, orang tak cakap apa dan rasa okay saja. Tetapi kalau watak itu jahat, buatlah apa pun orang tetap akan bercakap.Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Dalam naskhah ini, kalau saya berdegil tak nak buka baju, babak itu takkan jadi. Ia takkan timbul rasa geli itu. Walaupun tiada apa-apa babak melampau antara saya dan Watie, bila turun tangga tak pakai baju, orang dah nampak dan rasa tak selesa melihat hubungan itu."Itulah sebenarnya impak yang kita mahu sampaikan kepada penonton," katanya kepada mStar ketika ditemui di malam gala filem Bisikan Nafsu. Dalam pada itu, Zul menolak dakwaan kononnya dia sengaja melakukan babak berkenaan semata-mata mahu kekal relevan dalam industri seni.ARTIKEL BERKAITAN: Zul Huzaimy enggan ambil kesempatan, hormati bayaran pelakon lama... “Kalau bajet tak cukup, saya tak panggil kawan-kawan senior”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jangan hukum mat rempit kerana kes Haqiem Stopa, Zul Huzaimy anggap dikelilingi wanita itu biasaSebaliknya, Zul memberitahu dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dengan mengutamakan jalan cerita serta kehendak skrip."Ada lima perkara yang menjadikan seseorang pelakon itu hebat. Pertama, kau kena agungkan jalan cerita. Kedua, kau kena patuh pada jalan cerita."Ketiga, kena taat pada jalan cerita. Keempat, kena yakin dengan jalan cerita itu dan yang kelima barulah ikut arahan pengarah yang akhirnya persembahan kita akan jadi hebat," ujarnya. Zul tidak kisah dirinya dikecam asalkan watak yang dibawakan menjadi. Mengulas mengenai kebimbangan sekiranya watak tersebut menjejaskan persepsi penonton terhadap dirinya di luar set, Zul berkata dia tidak mengambil perkara itu sebagai satu masalah."Saya okay saja dan tak risau watak itu melekat sampai orang nak label ‘pervert’ ke apa."Penonton sekarang dah semakin bijak dan mereka menikmati setiap bentuk cerita serta kepelbagaian watak. Keadaan sekarang dah bukan macam dulu lagi," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube