suria

Jangan hukum mat rempit kerana kes Haqiem Stopa, Zul Huzaimy anggap dikelilingi wanita itu biasa

Zul kenal Haqiem secara peribadi.

PELAKON Zul Huzaimy menegur segelintir netizen yang mudah menjatuhkan hukum terhadap golongan mat rempit selepas isu rumah tangga pempengaruh motosikal, Haqiem Stopa, menjadi perhatian di media sosial.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 47, berkata tidak adil untuk melabel keseluruhan komuniti motosikal sebagai lelaki ‘mata keranjang’ hanya kerana masalah yang berlaku dalam hubungan suami isteri.

"Jangan tuduh macam itu, kita manusia ini sama saja.  Mentang-mentang kami ini mat rempit konon tiada kelaslah. Maaf budak-budak motor ini hanya hujung minggu saja tapi mereka ada kerjaya.

Zul anggap semua manusia lakukan kesilapan.

"Tapi masyarakat jangan jatuhkan hukum budak rempit macam itu," katanya kepada mStar.

Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Ameera Beauty yang berlangsung di Kuala Lumpur 

Katanya dia mengenali Haqiem secara peribadi dan percaya kontroversi yang tercetus dapat diselesaikan oleh pempengaruh itu dan isterinya tanpa campur tangan luar.

"Saya kenal dia, pernah saja berjumpa dan mesej dengannya. Kahwin dia pun saya dijemput. Dia budak yang baik, cuma tak tahulah sebab cemburu atau salah faham.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cepat jatuh hukum, Zul Huzaimy minta artis terpalit kontroversi diberi peluang kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Profesional betul Haqiem Stopa! Sikit pun tak melenting ditegur Zul Huzaimy… “Cuma perkataan sekolahkan agak kasar”

"Semua orang alami perkara yang sama, kemelut rumah tangga ini biasa. Pandai-pandailah, tiada siapa pun tidur di antara bantal kau (Haqiem) dan isteri. Hanya korang berdua saja tahu. Semoga kaorang dapat cari penyelesaian terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu, Zul juga tidak menolak bahawa Haqiem kerap dikelilingi wanita sekiranya berada di acara-acara motosikal namun menganggap ia adalah lumrah yang biasa bagi seorang lelaki.

"Dia pun kaki bertongkat, kalau nakal lelaki itu biasa. Dikeliling perempuan itu normal tapi kalau lelaki dikelilingi lelaki songsang itu bahaya.

"Zaman sekarang lelaki yang sudah kahwin itu lagi jadi rebutan, nak-nak usia 35 tahun ke atas memang kena jaga," ujarnya.

Kemelut rumah tangga Haqiem Stopa jadi perhatian ramai.

Sebelum ini  Aireena Sofia tampil mendedahkan rakam video pengakuan remaja yang mendakwa dia tidur sebilik bersama Haqiem.

Kisah rumah tangga pasangan ini mula meraih perhatian selepas  Aireena tampil memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November lalu dan prosiding tersebut masih dijalankan di mahkamah. 

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain